Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: Part 1 - A.B.K.S

Friday, 29 June 2012

Part 1 - A.B.K.S

Geramnya aku. Entah kenapa dia selalu muncul dalam hidupku. Getus hatiku. Aku melabuhkan punggung di atas sebuah bangku di bawah pokok yang rendang. Dingin pagi menusuk ke dalam rongga badanku. Pagi-pagi buta macam ni dah hilang mood. Semuanya disebabkan dia. Kenapalah aku ditakdirkan satu kampus dengan dia. Satu kelas pulak tu. Aku hairan.
 “Su, aku geram betul dengan mamat ni. Tak habis-habis kacau aku. Dia ingat dia handsome sangat ke?”. Kataku bernada marah kepada teman baikku, Suraya. Suraya khusyuk membaca buku sampai langsung tidak menghiraukan keluhan hatiku. Lagilah membuak perasaan geramku ni. “Eh! Kau dengar tak ni”. Suaraku semakin naik walaupun aku cuba tahan. Aku sebenarnya bukannya geram ke Su, tapi geram ke budak sengal tu. Kesian pulak aku tengok Su ni. Syok-syok dia baca buku, aku kacau.
“Errr… Maaflah! Aku dengar. Kau ni pun satu, yang kau pergi layan mamat tu kenapa? Kau kan tahu perangai dia macam tu. Biarkan je!”. Su bersuara. Aku pulak dimarahinya. Aku tunduk. Betul juga kata Su, sepatutnya aku tak perlu layan dia tu. Hemm!
“Ya… Tapi aku pun tak tahan juga”. Tuturku lembut.
“Kau sabar jelah. Nanti bila dia bosan, dia stop lah kacau kau. Kau sabar ekk!”. Su menepuk lembut belakangku. Aku sekadar menyedekahkan senyuman yang tak seberapa ikhlas.
Aku lihat jam di tangan. Dah pukul 8 pagi rupanya. Kami bingkas bangun lalu mengatur langkah ke kelas. Takut terlambat pula nanti. Aku nak lupakan semua yang terjadi pagi tadi. Kalau terus diingat, buat sakit kepala saja. 



Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

No comments:

Post a Comment



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*