Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: Part 13 - A.B.K.S

Friday, 29 June 2012

Part 13 - A.B.K.S

Di kantin…
“Lia! Lia!”. Su termegah-megah datang menghampiri aku lalu duduk tanpa dipelawa. Aku tak kisah pun. Sebab aku rehat sorang-sorang juga. Faiz kata dia ada kelas nanti, dia kena siapkan kerja sikit. Laju je langkah dia tadi. Terus lesap macam tu. Malaslah aku tanya.
“Kau kenapa ni. Nah minum air aku dulu ni!”. Aku hulur air oren yang terhidang depan mata kami. Laju je dia teguk air tu. Aku sekadar memerhati.
“Okay. Cakap perlahan-lahan. Why?”. Aku tanya perlukan kepastian. Macam ada tsunami je.
“Video! Video!”. Gagap je tutur kata Su.
“Video apa?”. Suaraku dah sedikit naik.
“Video yang Faiz tunjuk ke kau tu, pasal Roy!”.
“Ya?”. Aku semakin hairan. Ada apa sebenarnya ni?
“Video tu palsu!”. Palsu? Apa maksud Su?
“Palsu? Maksud kau?”
“Video yang kau tengok tu, tak nampak kan muka Roy, cuma nampak belakang dia je, dan suara kan?”. Tanya Su.
“A’ah. Apa kaitan dengan palsu pulak nya. Tu kan suara Roy”. Jelasku lagi. Hatiku kian berdegup kencang. Apa lagi yang akan berlaku hari ini?
“Sebenarnya tu bukan Roy. Suara tu pun telah ditapis dan diubah sebijik macam suara Roy!”. Aku menggaru kepala yang tak gatal.
“Lembap lah kau ni! Roy tak salah. Ada orang nak jatuhkan dia dan dia ialah Faiz. Dia tahu Roy sukakan kau, jadi dia cuba nak buat kau benci dekat Roy!”. Muka ku dah tahap terkejut gila. Apa ni? Drama apa ni? Tapi aku cuba untuk bertenang. Argh! Faiz! Hatiku menjerit. Ternyata aku dah tersalah anggap. Kesian Roy! Ya Allah…
“Faiz sudah hilang entah ke mana. Mungkin dia tidak sanggup berdepan dengan kau kot!”. Ah! Lantak lah. Aku sudah tidak peduli pasal Faiz.



Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

No comments:

Post a Comment



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*