Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: Part 2 - A.B.K.S

Friday, 29 June 2012

Part 2 - A.B.K.S

“Opss! Sorry ya, Lia! Saya tak sengaja tadi”. Semua buku aku bertaburan di atas lantai marmar. Berkilat je sampai boleh nampak wajah yang sudah tak asing bagiku. Aku jeling ke arah dia. Dia hanya senyum sinis. Tiada sedikit pun perasaan kesal di hati. Sombong!
Tanganku deras mencapai satu persatu buku sambil dibantu oleh dia.
“Takpelah! Saya dah biasa macam ni”. Kataku kesal bercampur menyidir. Roy atau nama sebenarnya Engku Azman bin Engku Hussen, lelaki yang paling aku benci dalam hidup aku. Selalu saja ada masalah dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa orang panggil dia Roy, ingat glamour sangat ke nama tu! Roy merupakan jejaka pujaan hati setiap wanita di dalam kampus aku ni. Aku pun tak tahu keistimewaan Roy ni apa. Mungkin sebab dia anak Dato’ kot. Huh! Mata duitan! Hatiku marah.
Kami bangun lalu aku beredar dari situ tanpa sepatah kata pun. Roy terpinga-pinga. Aku sudah tidak mempedulikan dia lagi. Hatiku geram, kesal. Semuanya bercampur. “Okay, today we’ve new student from IPT, Perak. He’s Faizal”. Aku terkejut daripada lamunanku. New student? OMG! Aku harap budak ni baik dan tak macam si Roy tu. Aku memandang Roy. Dia senyum. Aku memalingkan semula muka ke depan, menyesal pun ada tengok muka dia.
“Hai. Saya, Faizal. Just call me Faiz. Emm… I’m a friendly guy. Please, don’t be shy to be my friends. Thanks!”. Mamat tu memperkenalkan diri. Loghatnya langsung tak macam budak Perak. Petah je. Puan Rosnani, guru Bahasa Inggeris kami menunding jari ke arah aku. Dia mengarahkan budak baru tu untuk duduk di sebelah aku. Aku sekadar senyum kosong. Tapi bagus juga, bertambahlah seorang lagi kawan lelaki aku. Dulu, khairul yang setia dengan aku. Err… Maksudnya setia kawan dengan aku. Tapi sekarang dia dah pindah ke Kolej Matrikulasi di Pahang. Tinggal aku sorang-sorang kat sini dengan Su.
“Hai”. Dia menghulurkan tangan tanda perkenalan. Aku sambut dengan senang hati.
“Hai. Saya Norliana Akmal. Call me Lia”. Aku senyum. Dia juga senyum. Manis saja muka dia.
“Can we be friends?”. Dia tanya.
“Sure!”. Aku senyum lagi. Entah kenapa mood aku yang teruk tadi, dah jadi okay sekarang. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

No comments:

Post a Comment



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*