Part 3 - A.B.K.S

“Okay! That’s all for today. Emm… Jangan lupa tugasan yang saya berikan, ya?”. Arah Puan Rosnani. Fuh! Habis juga kelas untuk pagi ni. Tired gila! Aku dan dia keluar beriringan.
“Jom! Saya belanja makan”. Faiz bersuara. Pemurah betul budak ni sampai nak belanja aku. Tapi rezeki jangan ditolak. Aku ikut je dia ke kantin. Tapi tanpa diduga, muncullah mamat yang aku benci…
“Lia, jom. Saya belanja makan!”. Roy menarik tanganku kasar. Aku cuba melepaskan genggamannya tapi aku tidak mampu. Faiz terpinga-pinga. Dia menepis tangan Roy dan menarik aku kepadanya. Aku seperti dilanda badai. Ditolak ke kanan, ditolak ke kiri. Roy marah.
“Kau siapa?”. Roy menengking ke Faiz.
Roy! Dia kawan saya. Kenapa? Ada masalah”. Aku balas dengan muka yang sangat marah tahap extreme.
Roy genggam tangannya seolah mahu menumbuk muka Faiz. Tapi aku halang. Roy merendahkan tangannya. Dia berlalu pergi tanpa kata apa-apa. “Maaf ya, Faiz! Dia Roy. Budak yang paling sengal kat sekolah ni. Dia memang macam tu”. Muka ku kesal. Aku tidak tahu kenapa Roy boleh bertindak sedemikian. Sebelum ni, walaupun dia marah, takde lah sampai nak tumbuk-menumbuk macam ni. Huh! Anak Dato’ semuanya sama. Mentang-mentang anak orang yang berpengaruh, boleh buat sesuka jiwa dia je. Perasaan benci ku semakin membuak-buak.
 Kami berlalu pergi. Aku sudah tiada selera untuk makan. Aku sekadar order jus oren saja. 

Comments