Part 7 - A.B.K.S

“Haha! Aku pasti dia akan berbaik dengan aku. Cara ni dah biasa aku guna. Aku sent message ke Lia, fuh! Cair lah dia nanti. Kau tengok je lah! Haha! Aku kan Roy”. Roy ketawa dengan penuh kezaliman tanpa memikirkan perasaan aku. Ternyata dia sekadar berpura-pura. Aku sedih. Entah kenapa perasaan aku seperti ini. Aku benci dia! Di saat aku mula cuba berbaik dengan dia, dia sanggup buat aku macam ni. Aku sudah tidak sanggup melihat video itu. Aku menyerahkan video tu kepada Faiz. Aku cuba buat muka selamba.
Aku mengatur langkah menuju ke tempat Roy lepak dengan kawan-kawan dia. Aku mencuit bahu dia. Dia kelihatan gembira melihat kedatanganku, mungkin dia sangka aku akan mudah tertipu dengan tipu helah dia. Kawan-kawannya sudah beredar terlebih dahulu, mungkin tidak mahu dikaitkan dalam masalah ini.
Roy! Awak kejam! Saya benci awak. Saya sangat bodoh sebab terpedaya dengan tipu helah awak yang entah pape. Saya ingat awak ikhlas nak kawan dengan saya, tapi…” Air mata bergelinangan membasahi pipi aku yang dioles pemerah pipi. Hatiku sebak. Aku berlari anak menuju jauh dari Roy. Aku tidak mahu dekat dengan dia lagi. Hati aku perit.
“Lia! Lia! Roy tak bermaksud pun…” Laung Roy dari jauh. Argh! Aku sudah tak peduli. Hatiku seolah gugur dari tempatnya. ‘Kenapa semua ni terjadi kepada aku. Kenapa?’ Aku menyoal diri sendiri.
 Aku duduk di bangku di dalam sebuah taman tempat biasa aku pergi jika dilanda masalah. Aku menangis sepuas-puasnya. Aku sendiri tidak faham kenapa sikap aku macam ni. Sebenarnya aku tak kisah pun pasal Roy tu. Lantak dia lah! Tapi…
 **************************************************************************************

Comments