Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: Part 8 - A.B.K.S

Friday, 29 June 2012

Part 8 - A.B.K.S

Di dalam bilik…
Pintu bilik di buka. Aku menyembangkan muka di atas bantal kesayanganku. Hatiku sakit lagi. ‘Woii! Tak ada ubat ke nak ubati hati aku ni! Sakit gila wehh’ , getus hati aku yang sakit tahap kritikal ni. Boleh masuk ICU nampak gayanya. Hampir lemas aku dibuatnya. Mukaku diangkat. Sedih-sedih aku pun, tak lah sampai nak bunuh diri sendiri. Aku masih waras lah!
“Assalamualaikum!”. Su masuk ke dalam bilik aku. Opss! Bilik kami. Dia sebilik dengan aku. Best sebilik dengan dia.
“Kalau ya pun patah hati, jawablah salam aku ni!”. Dia berceloteh lagi. Su memang dah tahu semuanya pasal Roy. Aku memang tak berahsia dengan dia. She’s the only one my true friend!
“Emm. Aku dah jawab lah, dalam hati”. Balasku sambil membuka shawl yang dah senget-senget ni. Rimas aku. Rimas dengan tudung dan masalah hati aku ni. Hati aku sakit, aku yang merana.
“Badmood je?”. Su melangkah masuk ke dalam bilik air dengan membawa tuala mandinya. Cepat betul budak ni.
“Huh! Aku benci mamat sengal tu”. Laung aku dari dalam bilik. Satu persatu kerongsang ditanggalkan. Rumit betul pakai shawl ni. Tapi aku suka. Aku tersengih macam orang gila yang hatinya hancur di hadapan cermin.
“Oii! Sihat tak? Nak aku bawak ke klinik? Boleh juga aku mengurat doktor kat situ”. Tiba-tiba dia muncul di sebalik almari berhampiran bilik air, sedang mencari sesuatu nampaknya.
“Pandai lah kau Su. Eh! Cepat mandi, mandi kerbau ke?”. Aku senyum pahit. Jelingan tajam dia hinggap ke arahku.
“Malam ni kita makan kat luar epp?”. Soal Su lagi.
Aku sekadar mengangguk. Malas nak berkata-kata. Mulutku dah berat. Yang penting sekarang, aku nak tenangkan fikiran, tak payah nak serabut dengan si mamat sengal tu. Nak mandi dulu!
“Eh! Okay tak aku pakai baju ni?” Aku angkat blaus pink dengan seluar skinny. Aku malas nak pakai cantik-cantik tapi sekadar hiburkan hati. Su angguk. Dia sudah siap dari tadi lagi. Bersahaja je pakaian dia, t shirt merah dengan seluar jean biru. Sepadan je dengan Su ni. Maklum, orang nya tinggi, putih dan gebu. Cair lelaki yang pandang ni! Huh! Shawl putih aku selitkan kat kepala. Cantik juga aku kalau dipandang sekali imbas. Dua kali imbas dah tak cantik.
“Jomlah”. Aku saut sandal bertali. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

No comments:

Post a Comment



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*