PART 1 - K.Y.H

LANGIT masih gelap ditemani bulan yang terang menerangi fajar. Dingin pagi masih terasa tatkala hinggap di badan Nur Aleesa . Gadis yang berbadan kecil ini sudah bangun seawal 5 pagi bagi membantu ibunya menyediakan makanan untuk dijual kepada para pelanggan. Tidak sedikit pun mengeluh apatah lagi mengatakan “Ahh!” kerana terpaksa melakukan semuanya. Aleesa yang sudah kematian ayah, terpaksa bermandi peluh membantu ibunya berjualan bagi menampung kehidupannya.
“Ibu, err… Leesa nak mintak duit sikit sebab Leesa kena  beli buku latihan. Nanti Leesa takut cikgu marah, dah minggu lepas cikgu mintak!”. Leesa menutur kata-katanya perlahan-lahan sambil menguli adunan untuk dibuat donat. Leesa tidak sanggup memandang ke arah ibunya. Tidak sanggup untuk melihat sepasang mata kuyu yang terpaksa menanggung penderitaan sebegini.
"Berapa harga buku ni?”.
"Emm... 15 ringgit bu”.
“Leesa. Ibu ada 15 ringgit cukup-cukup nak. Tak apa lah, Leesa ambik lah. Nanti ibu jual kuih ni, ibu dapat duit lagi”. Ibu bangun lalu mengambil beg duit dia. Duit RM5 sekeping dan RM10 sekeping dikeluarkan dari dalam beg. Leesa lantas mencapai wang yang diberi oleh ibu. Dia tidak sanggup untuk mengambilnya tetapi terpaksa. ‘Ibu, maafkan Leesa!’
“Terima kasih, bu”. Leesa memeluk ibunya sekuat hati seolah-olah tiada lagi hari esok. Tiba-tiba air matanya deras mengalir membasahi pipi yang gebu.
“Jangan menangis nak. Selagi mak hidup, mak akan sentiasa memenuhi keperluan kamu. Semampu mak”.
Leesa sudah menangis teresak-esak.
“Leesa sayang ibu. Leesa janji akan belajar rajin-rajin dan bantu keluarga kita keluar daripada kemiskinan”. Leesa berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor kanak-kanak.
“Ibu sayang Leesa juga. Dah! Cukup-cukup. Anak ibu dah besar, tapi masih nangis. Ah! Malulah”. Ibu mengesat lembut air mata Leesa dengan tangannya.
Leesa senyum. Dia terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi akibat menangis tak tentu arah. Dia geli hati apabila memikirkan perilakunya sebentar tadi. ‘Aku ni macam budak-budak lah pulak!’. 

Comments