- PART 3 K.Y.H -

DI JALAN…
“Leesa, kau okay ke? Teruk kau kena dengan cikgu Ros tadi”. Sapa Zu ketika keluar dari pagar sekolah. Mereka berjalan pulang ke rumah masing-masing.
“Sikit je pun”. Leesa cuba menyorokkan rasa sakit yang masih berbaki lagi. Perit betul tangannya. Hanya Tuhan yang tahu.
“Yang kau ni, ada driver datang ambil, tapi taknak. Jalan kaki juga yang kau nak!”. Kami ketawa kecil.
Tiba-tiba datang seorang kawan mereka...
“Leesa!”. Tegur dia dari belakang.
“Eh Riz. Kenapa?”. Riz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Fakri. Pelajar kelas 2 Chemistry. Walaupun berlainan kelas, namun, dia sangat mengenali mereka. Sejak kecil lagi, mereka berkawan.
“Tak ada apa-apa. Petang esok, nak study group sama tak?”. Ajak Riz.
“Kau ajak Leesa je? Aku tak ajak? Sampai hati kau, Riz”. Zu mencelah. Leesa sekadar senyum.
“Ye lah! Ye lah. Sibuk je kau ni” . Riz menjeling ke arah Zu dan memandang Leesa semula.
‘Mhm! Leesa tak tahu lagi. Leesa kena tolong ibu”. Itulah kerjanya sejak dulu lagi. Pagi pergi sekolah, menuntut ilmu. Petang, tolong ibunya.
“Mhm! Takpe, Riz faham. Nanti Leesa call lah Riz, kalau jadi ekk. Bye. Assalamualaikum”. Riz berlalu pergi tanpa Leesa sempat berkata apa-apa.
Mereka berpisah ketika sampai di simpang 4. Zu memlih lorong kanan iaitu menghala ke rumah Siti Saharah, sepupunya yang baru pulang dari Mekah. ‘Kecil-kecil dah dapat pergi umrah’, celoteh hati kecil Leesa. Leesa mengatur langkah melalui lorong yang sudah tidak asing baginya. Setiap kali pulang sekolah, lorong itulah yang dipilih olehnya kerana lebih dekat berbanding jalan utama. Walaupun lorong itu dikelilingi oleh kebun-kebun dan hutan, namun Leesa sudah terbiasa dan tidak sedikit pun perasaan takut muncul dalam dirinya. Hari sudah semakin gelap. Langkahnya kian laju.
“Kesian ibu”. Keluh Leesa.
Sampainya di rumah, ibunya sudah sibuk mengatur barang-barang untuk membuat kuih. Leesa bersalaman lalu masuk ke dalam biliknya yang kecil. Di penjuru bilik, terdapat meja kecil tempatnya belajar. Buku sekolahnya tersusun rapi di atas rak kecil, khas buat buku-bukunya. Jendela yang berada betul-betul di tepi kepala katil dibuka perlahan-lahan. Bayu petang berpusu-pusu masuk tanpa mempedulikan Leesa yang tercegat berdiri di situ. Tudung sekolah dicabutnya lalu disangkut di dalam almari kayu. Sang mentari sudah bersiap sedia berganti syif.
“Ibu, nanti Leesa tolong ibu ya!”. Laung Leesa dari dalam bilik.
“Tak perlulah. Leesa kan baru pulang. Rehat saja lah dalam bilik tu”. Balas ibu.
Ibu seperti tahu akan keletihan yang dirasai olehnya. Entah kenapa dia terasa sangat letih pada hari tersebut. 

Comments