- PART 4 K.Y.H -

MASIH adakah baki kasih sayang buat aku, ayah?’. Getus hati kecil Clara. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang bapa sejak lahir lagi. Walaupun jasad seorang bapa berdiri di hadapannya, seolah-olah dia langsung tidak mengenalinya. Hanya sekadar gelaran ‘ayah’ tetapi langsung tidak mempedulikannya. Clara dibesarkan oleh pembantu rumahnya yang kini telah berpindah kerana mengikut suaminya. Sejak kecil sehingga lah besar, dia hidup serba mewah. Semua yang dia nak pasti akan dapat. Tapi cuma satu sahaja masih belum terlunas, iaitu ‘kasih sayang seorang bapa’. Dato’ Syed Osman, seorang ahli korporat merupakan bapa Clara. Sibuk dalam dunia bisnes sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang yang digelar bapa. Ibunya pula, Datin Rosy Mahsuri sudah lama meninggal dunia tatkala dia lahir ke dunia metropolitan ini. Ayahnya sentiasa memenuhi keperluan Clara sehingga Clara membesar sebagai gadis yang sombong.
“Bib, ayah mana?”. Tanya Clara sambil membelek-belek majalah Remaja keluaran Jun. Tiada satu pun yang menarik minatnya. Cinta… Cinta dan Cinta! Dia bosan mendengar istilah tersebut.
“Maaf Clara. Dato’ masih berada di kantor. Katanya, masih banyak urusan”. Bibik Surti membalas dengan loghat Indon nya.
Clara dah dapat mengagak jawapan pembantu rumahnya itu. Direnungnya setiap penjuru rumah. Kosong ! Dia bosan. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Lantas, dia mencapai iPhone 4S yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Pantas saja dia menekan punat telefon.
“Hello Wawa. Jom hang out ! Bosan ni. Kau call lah orang lain“. Clara mengarah.
“Beres. Nak jumpa kat mana?”.
“Emm… Kumpul kat rumah kau lah. Nanti aku jemput”.
“Mhm. Ayah kau bagi tak kau keluar ni? Malam-malam macam ni ?“.
Clara terdiam seketika. Masih dia ingat ketika pembantu rumah lamanya itu masih bekerja di situ.
“Clara, ingat pesan Mak Jah ni. Jangan sesekali melawan cakap ayah Clara. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayah Clara”. Pesan Mak Jah lembut sambil mengusap rambut Clara.
“Tapi… ayah jahat. Dia tak sayang Clara!”. Clara menangis tersedu-sedan. Dia berbaring di atas riba Mak Jah. Mak Jah lah tempat dia mengadu.
“Ibu, kenapa dengan Clara? Kenapa Clara nangis? Nanti tak comel”. Tanya seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang sama umur dengan Clara iaitu anak Mak Jah, juga merupakan rakan sepermainan Clara. Tanpa dia, terasa kosong hidupnya.
Mak Jah sekadar senyum melihat telatah anak-anak kecil itu. Mereka masih belum mengenal kehidupan dunia.
“Clara? Hello!”. Wawa memanggil-manggil dari dalam telefon.
“Ya. Kau tunggu lah dengan geng lain. Bye!”. Mereka menamatkan perbualan setelah ayah Clara pulang.
Clara bangun dan bersalaman dengan ayahnya.
“Ayah, nanti Clara nak keluar dengan kawan-kawan. Bosan duk rumah. Boleh kan ayah?”. Tanya Clara dengan penuh semangat.
“Mhm”. Ayahnya jawab acuh tak acuh saja. Terasa panas saja hati dia. Dia sabar. 

Comments