- You're just a Memory -

Assalamualaikum dunia. Memang aku selalu sibuk pasal kau dunia! HUH! 


Hidup tak selalu indah kan? Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Arus masa mengajar kita erti sebenar kehidupan. Sungguh, semuanya begitu sukar! Apabila Allah telah menyebut, 'Kun Fayakun' maka terjadi lah ia seraya dengan kehendak Maha Kuasa. 

Aku begitu gembira. Lebih 9 bulan belajar di dalam kelas 2 Brilliant berserta dengan keng-kawan yang supporting... Pelbagai ragam! -Seronok- Satu perkataan yang dapat digambarkan saat itu. Namun satu persatu dugaan datang menerjah kami. Terasa hati bagai dihiris duri sembilu. Perit sekali! Teramat pedih. Tapi siapa aku yang berhak untuk menyoal tindakannya? Siapa aku? Entah apa salah silap kami sehingga dilabel dengan gelaran seperti itu. Tidak sanggup rasanya mengimbas kembali saat-saat dia dengan lancar saja menyebut 3 perkataan itu. Sakit! Perit! Pedih! Semuanya menjadi satu. Terasa seperti ingin menitiskan butir-butir mutiara ini. Tapi untuk apa? Hati dan egonya cukup tinggi. Air mata ini cukup berharga untuk dibazirkan kepada orang seperti itu. 

Aku cuba kuatkan hati tatkala satu jerkahan hinggap ke gegendang telinga. Satu gurauan bertukar igauan. Sungguh, aku tidak sanggup untuk menatap wajahnya. Sakit hati. Hati ini cukup terluka. Besar sangat ke kesalahan aku ni? Aku menyerah kalah buat dirinya. Cuba bersuara. Aku sangkakan semuanya akan jadi seperti sedia kala tapi sangkaanku meleset. Kekecewaan mula bertandang di hati. Parut luka berdarah kembali! Aku sedar siapa diri ini. Tidak perlu kau ingatkan lagi. Aku cuba berubah. Mungkin dengan berubah, perasaan benci kau akan berkurangan tapi mhm... Entah! I'm tired. Really tired. 

I know who I am. I'll never forget everything you said to me. Never. Ever! Sakit hati dah tak tertanggung. Ku tabahkan jua hati ini. Dia yang ingin memilih jalan yang berliku-liku itu sedangkan aku sudah menantinya di jalan yang lurus itu. Mungkin dia gemar akan cabaran! Cabaran hidup. Satu fitnah yang sangat menyakitkan telinga aku ni tak akan aku lupakan. Jika aku berubah, kau lagi berubah! Look at yourself first. Jangan nak mengata orang kalau kau tak ada bukti. Tambah dosa saja! Aku dah minta maaf dengan kau. Kalau kau tak maafkan aku dunia akhirat, aku peduli hapaa... Allah Maha Pengampun! Aku sudah laksanakan tugas aku. Now,it's your turn! 

Aku sekadar menegur diri itu. Cuba untuk bersuara tapi yang sampai di telingaku ialah perkataan 'bodoh'. Hati mana yang tak sakit? Cuba bagi tahu... 

Kalaulah kau berada di tempat aku...
Kalaulah kau tahu betapa sakitnya hati ini...
Kalaulah kau memahami perasaan ini...
Kalaulah kau dapat membuka mata dan hati...
Semuanya ini tidak akan terjadi...

Tapi kehendak yang di atas, siapa dapat bangkang?
Aku atau kau? Semuanya tiada hak sebesar itu. Kita hanyalah manusia biasa. Tidak sesempurna Penciptanya. Kelemahan pasti akan ada walau sekecil zarah. Sikap yang negatif muncul tanpa di sedari. 

Tapi terima kasih kerana sudi menegur aku. 
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.
Terima kasih kerana sudi menghiburkan hati aku.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan aku.
Terima kasih kerana kau telah menyedarkan aku erti kehidupan sebenar.
Terima kasih untuk segalanya...

Kalaulah benar kau mahukan adalah sebuah perpisahan. Aku ikhlas. Kita harus akui, sebuah pertemuan akan berakhir dengan sebuah perpisahan.
Kalaulah ini adalah noktah akhirnya, aku redha. 
Mungkin ini terbaik untuk kita. Buat hal masing-masing.
Daripada aku terus mengharap kemaafan daripada diri itu, dan akhirnya sebuah kekecewaan yang aku terima.
Baik tak usah. Hati ini terluka. Tapi aku tahu, kau tak kisah pun? Aku tahu aku siapa. Mhm...

Ini sekadar coretan isi hati... 

<-----Hasil pena : ♥ S H A Z A  

Comments