Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: 2013

Sunday, 27 October 2013

- Moment indah last forever -


Assalamualaikum readers =) 

Alhamdulillah aku baru je balik daripada lawatan ke Selangor, Perak dan Melaka. Moment kat sana memang tak boleh lupa. Memang best ! Kenangan pahit, manis, masam, semua ade. hahahaha. Masuk rumah hantu, main roller coaster, main mainan yg pusing-pusing sampai pening kepala, hahaha. lawak k. 
Dua kali jadi orang terlambat naik bas. 

Sampai kat Bukit Merah, huh. mandi tak ingat dunia. ramai pulak yang jadi tukang tolak pelampung aku. hahahha. seronok ! Dah lah mandi sambil hujan. memang pergh leee. Nasib tak demam. takpe. aku kuat ! Hiyakkk ~ Hehehhehe. Tidur dalam bas, sampai nak tercabut tengkuk aku ni. first night, tak boleh nak tidur. Hehehe. nasib mata aku tak jadi mata panda. well. aku rasa dalam bas, aku dan semek yang paling aktif. pusing kanan, pusing kiri. orang tepi aku stress gitu je. sabar ye jiran ku :) 

Sekejap je 3 hari aku rase. mhm. sedih ~ Dah tak boleh tidur buas dalam bas. uerkkk. 

- Terjun ke dunia firefox - 

Mhm. Susah kan ada perasaan camni. aku pun tak faham. haish. aku tak mintak pun ade perasaan gini. ingat best ke ? Orang kata aku kejam sbb tak hiraukan perasaan orang lain. tapi kau tahu ke perasaan aku. aku lagi sengsara weh. dah banyak aku jaga perasaan orang lain. bila lah time aku nak jaga perasaan sendiri pulak kan ? Jangan disebabkan hal remeh camni, persahabatan kite akan renggang. kalau boleh aku taknak lah mcm tu. 

aku rasa, semua yang kau buat sangat lah obvious. adoii. tak tahu lah mcm mana aku nak cakap lagi. hahahaha. sabar je lah. Senang senang sangat, aku pergi cari City boy aku ah kat KT. abih cite. =)
Hahahhaaha. Adoii. Macam macam leee. Dah macam lam drama je kisah hidup aku. 
#np - I love you Najwa latif. Lagu ni mcm nak same je nge kisah aku. sobsob. sedih. haha. 
terlalu berharap pun akan buat kita merana. kan ? so. tabahkan lah wahai hati, keep smiling ! Fighting. Ramai orang sayang kau termasuk aku :)) 

#Hasil coretan : Norshahira ;)


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Wednesday, 8 May 2013

- A piece of letter -

Assalamualaikum girls dan jejaka-jejaka tampan yang sudi menjejakkan kaki ke blog aku ni. Berabad dah aku tak post pape kat sini. Orang busy memang gini... XD

Program Menuju ke Bintang 

Bintang je ? bulan taknak ? Hahaha. Setiap kali Ieyra nyanyi lagu Gemilang - Ella - mesti aku akan flashback moment-moment dengan kekawan aku. Memang best gile wehh ! Dah lah mase anugerah pelajar star, ade best student duduk tepi aku. Gementar habis ! Berpeluh tangan aku. Echewahh. Terlebih dos lah pulak aku explain. Aku dikepung oleh jejaka-jejaka malaya. Kanan, belakang. Nasib belah kiri aku ada Syiqin. Kalau tepi aku, dua-dua laki, tobat keras situ je. Orang lain mati kering. Aku mati basah jawabnye. Basah nge peluh . Hishhh. Best gak chit chat nge best student tu. Dari jauh tengok muka masam pe cuka. maaf ye senior ku yang tua 6 hari drpd aku *.^ Tapi baik orangnye. tu lah. Dont judge a book by its cover. tapi aku dah judge die punye cover. too bad lah. Kepada si tuan punya badan. maaf kalau tersilap kata. peace ( V.V ) Hehehhehehhehehe. 

Okay. First aku bengang sebab someone kata aku ni ganas. garang. oittt. cop cop. aku baik lah. itu hakikat. # Perhatian kpd tetamu-tetamu yg nak melangkah keluar tu, sila lah berbuat demikian. time kasih # Ekpun, sesuka ati nenek jiran mak die je kate aku camtu. Kau tak kenal aku. so dont u dare to say something about me. if not, i will... erkkkkk. *angkat pisau, sian ikan* . Hahaha. joking je. chill lah geng ! Aku tak suka marah-marah. Kita mestilah bersabar menghadapi ujian... *ceramah. Hahahhahahahha. Tapi kalau kau kenal aku, kau akan tau aku mcm mana. Jangan terkezzzut lah ye. So, better if u know me first. take it easy. 15 tahun aku hidup, takdak lagi lah aku makan orang. jadi kau masih terselamat. Hahahah *evil laugh*

Geng, aku tak senyum atau tak tegur kau, tak bermakne aku sombong ehhh. tapi sekali kau tegur aku, hahh hahh ! get ready lah... dengor lah suara aku setiap hari nanti sampai kau bosan. kbye. 
Assalamualaikum :)

- xoxo ; S H A Z A -

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Wednesday, 20 February 2013

- Artikel menarik - Pokok Zaqqum



Assalamualaikum makhluk Allah. :) Adalah Shira terjumpa satu artikel ni. Memang menarik. So. Sharing is caring kan. Hehe. Renung-renung kan lah xD   

‘Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.

Sekiranya pokok ini diletakkan di dunia, maka akan hancur bumi beserta isinya. Nabi Muhammad  bersabda: “Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Manusia secara logik akal mungkin sukar menerimanya tetapi itulah hakikat sebenarnya. Orang-orang kafir sentiasa mengingkarinya dan mengejek Rasulullah  disebabkan fikiran mereka terbelenggu oleh kedangkalan teori bahawa pokok adalah bahan bakar api.

Mustahil pokok Zaqqum tumbuh sehingga berbuah di dalam api, lebih-lebih lagi di dalam neraka yang panasnya tujuh puluh kali ganda lebih panas daripada api dunia atau adanya pokok yang juraian tangkai dan buahnya berbentuk kepala syaitan.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَالشَّجَرَ‌ةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْ‌آنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرً‌ا ﴿٦٠

“Dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau.”
(Surah Al Israa; Ayat 60)
.
Bagi mereka perkara ini dianggap lawak belaka. Sehinggakan Abu Jahal la’natullah alaihi boleh berjenaka dengan mengatakan, “Pokok Zaqqum adalah pokok kurma.”
 .
.

Pokok Zaqqum

.
Meskipun ulama berbeza pendapat mengenai jumlahnya, samada tumbuhnya hanya sebatang Pokok Zaqqum di neraka atau Zaqqum merupakan nama dari sejenis pokok di neraka tetapi ianya adalah tetap tumbuhan dahsyat di neraka.
 .
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ شَجَرَ‌تَ الزَّقُّومِ ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿٤٦

“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” 
.
.

Batang Dan Akar Pokok Zaqqum

 .
Pokok Zaqqum ini tumbuhnya di dasar neraka. Akarnya menghujam jauh ke dalam, ia tidak akan terjejas oleh sekuat manapun badai neraka itu. Batangnya juga kuat, tak boleh diukur dengan kekuatan benda logam duniawi yang meleleh oleh panasnya api.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yang keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)
 .
.

Tinggi Pokok Zaqqum

.
Pokok Zaqqum bercabang-cabang dan menjalar menjulang tinggi keseluruh penjuru neraka. Sungguh tak terbayangkan tingginya pokok ini. Apabila seketul batu dilemparkan ke dalam neraka, dalam masa tujuh puluh tahun, belum tentu batu itu sampai ke dasar neraka. Maka setinggi neraka itulah pokok Zaqqum.
 .
.

Buah Zaqqum

 .
Setiap dahan pokok Zaqqum menghasilkan buah yang melimpah lebat, buahnya juga boleh dipetik pada bila-bila masa dan di mana saja, kerana sememangnya neraka bertingkat-tingkat. Ada yang di bawah dan ada yang lebih ke atas.
.
Jangan ada yang membayangkan bahawa buahnya itu ranum mengundang selera, nikmat dan lazat. Tempat tumbuhnya pun di neraka, tentu saja buahnya mencerminkan keburukan, dan kepedihan seksanya. Buahnya seperti kepala syaitan, sungguh mengerikan dan sememangnya begitulah keadaannya.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 65)
.
Tersebut di dalam Al-Quran:

لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ

“Mereka benar-benar akan makan dari pokok Zaqqum.”
(Surah Al-Waqiah; Ayat 52).
 .
.

Buah Zaqqum Makanan Penghuni Neraka

.
Buah itu menebarkan aroma busuk menusuk hidung. “Sekiranya setitis air dari buah Zaqqum itu jatuh ke bumi, tentu akan merosakkan kehidupan penduduk bumi. Lalu bagaimana dengan orang yang memakannya?” (Hadis Riwayat. Nasai. Turmudzi dan Ibnu Majah)
.
Penghuni neraka akan sentiasa lapar dan mereka akan sentiasa tergesa-gesa ke dasar neraka untuk memakan apa sahaja yang mereka temui. Di dasar neraka ini mereka akan dipaksa memakan buah dari pokok Zaqqum yang pahit rasanya dan busuk baunya bagai tahi minyak kotor serta buah tersebut juga akan membakar wajah beserta organ dalaman tubuh mereka.
.
Dahsyatnya Zaqqum… Belum pun sempat disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Tidak hanya itu, mereka akan menelan duri yang akan mengoyakkan kerongkong ketika buah itu ditelan dan sebelum buah itu sampai ke perut, buah itu akan membakar dan mengeluarkan segala isi perut.
.
Meskipun demikian keadaannya, penghuni neraka tetap saja memakannya dengan lahap, sehingga perut mereka mengelembung tetapi tidak juga berasa kenyang. Mereka memang tiada mempunyai pilihan lain, tidak ada makanan yang boleh dijadikan sebagai pengganti.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ.

Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian daribuahnya (sekalipun pahit dan busuk) sehingga mereka memenuhi perut dengan buah Zaqqum itu.”  
(Surah Ash-Shaffat; Ayat 66)
.
Padahal, sebelum masuk ke perut makanan itu tersangkut dan menusuk-nusuk di kerongkong. Tidak mungkin untuk dikeluarkan semula, sungguh tidak terkira deritanya.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى lagi :

وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً

“Dan makanan yang menyumbat di kerongkong dengan azab yang pedih.”
(Surah Al-Muzammil; Ayat 13)
 .
Mereka akan makan dan terus makan seperti tidak pernah puas. Walaupun buah Zaqqum itu membakar dan menggelodak dalam perut bagaikan minyak menggoreng, kepanasannya tak dapat dibayangkan.
 .
.
Sesungguhnya tumbuhan Zaqqum itu memang mengerikan dan menakutkan bagi sesiapa saja. Cubalah kita bertanya pada diri sendiri, sudah berapa jauhkah kita meninggalkan dosa agar kita tidak akan rasakan pokok Zaqqum yang mengerikan itu dan sudah sebanyak mana akrabnya kita dengan amal soleh supaya kita boleh menggantikan buah Zaqqum dengan buah-buahan syurga yang tidak terbayangkan nikmatnya!
 .
Banyak nas-nas dan keterangan yang menyatakan nikmat Syurga dengan menyebut makanan yang lazat, minuman yang sedap, buah-buahan yang nyaman, hamparan yang berseri, perabot yang indah, pelayan dan bidadari yang cantik jelita dan beradab sopan,  maka semuanya itu hanya memberi gambaran sekadar yang boleh difaham oleh manusia mengikut apa yang ada di dalam masyarakatnya untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan aqidah kepercayaan dan membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah سبحانه وتعالى .
.
“Kampung yang kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi kediaman hamba-hambaNya yang soleh menikmati segala kesenangan dan kelazatan, ialah kampung yang dinamakan “Jannah” atau “Syurga”, iaitu kampung yang boleh didapati padanya segala perkara yang diingini oleh nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata;  (71 Surah Az-Zukhruf); juga kampung yang ada padanya perkara-perkara yang tak pernah dipandang oleh mata,  tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia.” (Hadis Bukhari dan Muslim).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Credit to : http://shafiqolbu.wordpress.com :)
( Subhanallah. Allah Maha Kuasa )
Sikit sebanyak kite kongsi bersama. InsyaAllah. 
Assalamualaikum ~


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Saturday, 26 January 2013

- Birthday girl -

[ Friend is everything ] 

Assalamualaikum kehidupan dunia :) Macam mana hari korang. Happy. Upset. Story lah dengan aku. Hari ni tepat jam 4 : 10 pagi , tanggal 26 Januari 2013 tarikh keramat buat diri tuan punya blog ni. Huhu. Today is my bornday. Hah. Shira. Shira. Kau nak riuh satu kampung ke ? Takpe. Story-mory je kan. 
[Sharing is caring]

Yes. Aku tunggu orang tu wish bday ke aku. Bukan tunggu sangat lah. Yee. Aku just nak tengok mcm mana dia tu. Caring tak ke aku. Aku kan kawan dia. And ternyata dia terlupa bday aku. Aku tak marah pun. #Jujur. Tak ada sebab pun untuk dia ingat bday aku kan? Haha. Tak payah buat sad story kat sini lah. Kfine~ Aku jenis yang tak suka mengharap kat orang. Orang ingat. Ingatla. Tak ingat. Sudah. Hamba peduli hape. Kan kan kan? There's a lot of things budak tu nak ingat. Tapi finally, dia wish jugak ke aku. Happy ? Mau tak happy. Happy lah kau. Kawan aku wish ke aku tuu. Walaupun selepas 1/3 kawan aku wish ke aku. LOL. 
Thanks kawan walaupun entah korang ikhlas ke tak wish bday ke aku. Walaupun ade yg wish 2 kerat je ayat. Atau 2 huruf je. #HB. Aku tak kisah. Itu sudah cukup bermkne buat aku. Love u guys. 

And. Thanks to my beloved mother for giving me such a great present. Love you from the bottom of my deep heart. Ceh ayat ! Ni belajar dengan budak tu lah. Ayat power katakan. Ayat 5-star. Benda b'hrge tu akan aku pakai sampai bile-bile. InsyaAllah. Aku suka sangat. And thanks to the most handsome guy, my dad. Thanks for giving me this lappy. Woo. Silver :) Like it. 

Tapi hadiah yang tak ternilai ialah hadirnya abah dan ma dalam hidup kaklong. Dua adik yg comel dan nakal mcm kakak die ni. Hehe. #Jujur tau. Dan kawan-kawan yg setia di samping aku. 24 hours. Yup. 24 jam dalam hati aku. Dalam ingatan aku. Haha. Hari ne je aku jadi Birthday Girl. Takde buat party ke ape-ape. Tak suke. Sekadar panjatkan syukur pada Allah dh cukup. Doa dripd parents aku. Alhamdulillah. :)

Panjang lah pulak entry aku kali ni. Esok sekolah. Haish. Sempat lagi ekk. Hehehe. Sekali-sekala. Bak kata orang tu lah. Asyik-asyik orang tu. Hehe. Perhatian kepade org tu. Jangan perasan lebih ye. Saye dp mention name awk pun. So, "Orang Tu" boleh jd sesiapa saje. Harap Mklum ! 

Thanks again. Sayang korang. xoxo. Love, Shaza.

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Sunday, 20 January 2013

- Tak ku duga -

[ Study time ]

Assalamualaikum earthlings. Dah tahun 2013 pun kan. Sekejap je masa berlalu. Tak terasa pun. Alhamdulillah ! Tahun baru. Azam pun mesti azam baru. Salah satu azam aku tahun ni nak baiki diri yang masih tidak sempurna ke arah lebih baik. InsyaAllah. Allah always be our side. Hehe. Dan ! The most important thing. I'm waiting for this exam for 3 years. Yup ! - Penilaian Sekolah Menengah - 

Takut ? Nervous ? Happy ? Excited ? And so on. Yes. Sekarang memang ada rasa takut plus so on tu. Tapi kalau kita get prepare from starting. Aku sure sangat kite boleh jawab exam. Tapi doa dan solat jangan lupe. Eh! Dah macam tazkirah pulak. Haha. Takpe. Buat amal sikit hari ni. ~Aku hanya lah insan biasa~ 
Ngeh ngeh ngeh.

Nak straight A's bukan senang. But not impossible. Kan ? I have a right to get straight A's. Same as you. Fighting ! Sekarang dah ramai yang bijak. So, kite kena lah jadi salah satu drpda dia orang. 
[ Usaha Tangga Kejayaan ]

Tanggungjawab aku sebagai pelajar. Itu memang pasti. Semua cikgu pasti mengharapkan anak muridnya untuk dapat A dalam semua subjek. Tapi aku masih ingat and takkan lupe kan cikgu ni. 
Cikgu Maslina. Saat cg nak tukar ke sekolah lain. Aku peluk cg. Peluk dgn erat. Cikgu Maslina lah cg BM first aku masa aku masuk sekolah menengah. Beliau dah tahu mcm mana cara aku buat karangan and so on. Tapi yang aku paling takleh lupakan. Masa beliau peluk aku. Cg ada kate something. 
" Shahira. Cikgu berharap kat awak -BM. Cikgu yakin! " 

Rasa sebak pun ada rasanya. Tapi Shahira kuat ! Haha. Memang tak leh breaking my records laa//
And tahun ni. Lagi lah aku nervous. Cikgu Geo ada tanya classmate aku yg sorang tu. 
Cikgu :~  Awk masuk tuisyen ke? ~ 
Classmate:~ Masuk cg ~

Then. Cikgu kate. Tengok dia ada 2 cikgu ngajar Geo. Cikgu nak awk lawan dengan Shahira. Shahira dop tuisyen. Tengok sape yg markah tinggi agi. 

Aku blur mase cikgu sebut nama aku sebab aku tengah salin nota. Aku senyum je lah. Bila cikgu dah mengharap kat aku although she's want everyone in her class get A's in Geo. Tapi aku still nervous bile cikgu kate cam tu. Ahhh ~~~~ 

Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan hamba di dunia dan di akhirat. Permudahkan lah hamba dalam jalan mencari ilmu-Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Amin~

Okelah. Got to go now. 
Assalamualaikum~

Hasil nukilan : [ S H A Z A ]

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*