Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: 2012

Sunday, 25 November 2012

♥ Khuntoria ♥

♥ Khuntoria Couple ♥

Assalamualaikum guys. 
Lama dah aku tak update blog ni. Dah berhabuk! Haish. Aik? Sejak bila ek tuan punya blog ni berbahasakan diri sebagai 'aku'. Korang tak kisah kan? Bak kata cikgu Z, 'aku' maksud dia lebih mendalam. So, starting from now, Shira guna aku ek. Haha! tu pun nak dijadikan issue. Macam mana holiday? Okay ke tak. Share lah dengan aku korang buat apa masa cuti ni. Aku just duduk mengadap e book ni je. Entah macam mana jari tetiba saja taip sesuatu kat U tube selepas dah puas tengok TTBY and BOF ♥ Aku sendiri tak tahu sejak bila lah aku suka Korea ni.. Manusia boleh berubah ;) 

Aku taip lah ----> We Got Married. Then, adalah muncul, Seo Hyun (betul tak eja tu?) Couple. Aku scroll bawah lagi. Yang ni aku agak berminat. Then, aku klik lah ep1. Aku ingat 1 episod je, ternyata semuanya ada 64 episod. Oh my! Banyak tu. Aku ingat sikit. Aku tengok and tengok. Best gila. Sebab dia punya cite, real punya. Aku tengok yang Khuntoria Couple !! Daripada aku tak kenal 2pm, sekarang aku dah kenal semua member 2pm. :)

For the first time, this couple made me feel 'ahh'. So nice to see both of them together like a real newlywed. Nichkhun has a good looking and baby-face. So cute! While Victoria is such a beautiful girl. Nice couple! Aik? Aku pulak yang ter-over excited meng-explain. Haha!  

Dan cerita ni juga almost broke my record! Aku hampir *(hampir ye!)* nak menitis air mata sebab tengok last episod dia. Sedih sangat sebab dieorang kena berpisah coz dah sampai ending WGM. Inilah pertama kali aku rasa gini. Masa tengok Ombak Rindu, seriously, takde perasaan sedih. Sebab bagi aku diorang just acting not for real. But in WGM, everything is real. Jadi aku boleh memahami perasaan diaorang bila berpisah camne. Although, aku tak pernah pun alami situasi macam ni. Tapi aku pun tak tahu macam mana aku boleh rasa macam tu. 3 hari aku tak selera makan and tak lena tidur. Nasib baik mandi basah. 

Seolah-olah diaorang dah macam family aku. Haha! Macam-macam. Sekarang pun aku masih rasa macam tu walaupun sikit. Then, aku mulalah search pasal Khuntoria, 2pm, f(x).Jumpalah satu klip video ni.
♥Khuntoria♥
Bila tengok video tu, aish! Sedih mula hambe... Salah gi klik video tu kat u tube. Kan dah menyesal! Haha. Now, aku tengah dengar lagu 'Wish You Were here'. Kohor lah meragam hati ni. Kenapa wahai hati? Entah nape lah jadi sebak semacam je. :( Kenapa? Rasa takut dah nak tengok cite lain. Takut jadi macam sekarang. Grr! Boleh bagi tips tak macam mana nak hilangkan perasaan serba tak kena ni? Hua!

Siapa setuju Nichkhun tu cute angkat kepala anda! Haha! Memang dia cute dosh. Serious. Comel je muka dia tu. Tengok lah gambar kat atas tu, memang cair... Hati, jangan gelabah! Relax... Cool. Haha.
Okay lah. Nak sambung ber-u tube ni!
Assalamualaikum. ♥

Hasil nukilan ---> ( S H A Z A ) ♥

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Sunday, 18 November 2012

- After a long time -


 
Freedom vs Bored Holiday? 

Assalamualaikum guys.


It's such a long time not to post any stories in my blog. Argh! Rindunya nak tengok cerita Hana Kimi dengan orang tu. Seriously, rindu moment tu. Tapi orang dah taknak share story dengan kita. Kita redha je! 

Akhirnya boleh juga aku guna internet. E book aku tu biasalah, kalau tak meragam, memang tak sah. Aku pun pening. So, aku decide hantar kat kedai je. Habis cerita! Hehe. :) 
Sebelum cuti, si Syazwani dan Ardini, classmates aku ni pergi tayang cerita TTBY. Mula-mula, ada jugak tanya diaorang, best ke cerita tuh? Of course lah senorita Syazwani kata best kan. Aku buat derk je. Then, si Dini pulak tambah. Dia kata cerita tu macam Hana Kimi. Allah! Sebut je Hana Kimi, terus je jasad aku ni ada kat sebelah Dini. HAHA! Nonsense betul lah kan? Apa lagi. Aku jadi gila lah. Tapi masih tahap minor lah. 
Aku terus copy cerita tu. Tapi boleh copy sikit je. Sebab aku punya pendrive tak cukup memory. Tak ke korang rasa nak campak je pendrive tu dalam longkang! Masa tu jugaklah dia full memory. So, macam biasa, aku redha je! 
Sampai kat rumah, apa lagi, masa untuk menengok cerita tu lah. *Habis Hancuss Tatabahasa aku* 
Dan yang paling aku nak *pelekong e book aku nih ialah bila sampai je scene yang best, episod tu stop. Entah lah apa masalahnya, aku pun tak tahu. Tapi sebenarnya, e book aku tak bersalah pun. Hehe! 

Now, aku baru je lepas tengok cerita tuh lah. Tu yang jadi mata segar bugar sampai tengah malam ni. Kesian kau wahai mata. Takpe-takpe sekali-sekala, dua kali dapat pahala. Ayat siapa lah aku pinjam tu? ;) Nak dijadikan cerita, aku tetiba berubah mood nak tengok channel 8TV. And masa tu, ada cerita Dream Team. Maybe korang pernah tengok kan cite tuh. Best jugak ah! Aku layan je lah. Mata aku yang teramat lah tajam ni boleh pulak nampak and kenal muka pemain dalam Dream Team tu. Salah seorang pemain dia ialah Minho. Hero dalam cerita TTBY! Handsome dosh. Walaupun rambut dia panjang, tapi biasalah, kalau hati dah bersatu *doppasa* , of course lah boleh cam, kan kan kan? Daripada senyuman dan mata dia, aku dah boleh kenal. Hebat kan? HAHA! Perasan sorang. Terus je aku semangat tengok cerita Dream Team. Then, aku buka pulak channel 705 ( Hitz )... Masa tu ada kumpulan Shinee, lagu apa entah aku lupa. ( Syok sangat tengok penyanyi dia ! ) Adik aku perasan si Minho tu ada dalam klip video tu. Aku apalagi, duk lah mengadap tv yang tak bersalah tu. Eh, memang betul lah! 
Aku pun mesej lah ke Dini. 100% betul tekaan aku tu. Huh. Start pada tu, aku menjadi penonton setia channel KBS world, 8TV dan Hitz. Haha! Terus berubah selera. Haish. Macam-macam. Dulu Oguri Shun, sekarang Minho pulak. Oguri Shun tu dalam cerita Hana Kimi. HAHA! 
Aish, panjang lah pulak aku cerita. Adik aku Aiman, sibuk tengok cerita Ultraman Mebius. Sampai aku pun ingat nama-nama ultraman tu. Ada Taro lah, Hikari, Mebius, Tiga, Nexus laa. And bla bla bla... Aku malas fikir! 
Okaylah, dah almost 1 o'clock dear. Night. Sleep dream. :)

Hasil pena : ( S H A Z A ♥ )

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Monday, 24 September 2012

- You're just a Memory -

Assalamualaikum dunia. Memang aku selalu sibuk pasal kau dunia! HUH! 


Hidup tak selalu indah kan? Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Arus masa mengajar kita erti sebenar kehidupan. Sungguh, semuanya begitu sukar! Apabila Allah telah menyebut, 'Kun Fayakun' maka terjadi lah ia seraya dengan kehendak Maha Kuasa. 

Aku begitu gembira. Lebih 9 bulan belajar di dalam kelas 2 Brilliant berserta dengan keng-kawan yang supporting... Pelbagai ragam! -Seronok- Satu perkataan yang dapat digambarkan saat itu. Namun satu persatu dugaan datang menerjah kami. Terasa hati bagai dihiris duri sembilu. Perit sekali! Teramat pedih. Tapi siapa aku yang berhak untuk menyoal tindakannya? Siapa aku? Entah apa salah silap kami sehingga dilabel dengan gelaran seperti itu. Tidak sanggup rasanya mengimbas kembali saat-saat dia dengan lancar saja menyebut 3 perkataan itu. Sakit! Perit! Pedih! Semuanya menjadi satu. Terasa seperti ingin menitiskan butir-butir mutiara ini. Tapi untuk apa? Hati dan egonya cukup tinggi. Air mata ini cukup berharga untuk dibazirkan kepada orang seperti itu. 

Aku cuba kuatkan hati tatkala satu jerkahan hinggap ke gegendang telinga. Satu gurauan bertukar igauan. Sungguh, aku tidak sanggup untuk menatap wajahnya. Sakit hati. Hati ini cukup terluka. Besar sangat ke kesalahan aku ni? Aku menyerah kalah buat dirinya. Cuba bersuara. Aku sangkakan semuanya akan jadi seperti sedia kala tapi sangkaanku meleset. Kekecewaan mula bertandang di hati. Parut luka berdarah kembali! Aku sedar siapa diri ini. Tidak perlu kau ingatkan lagi. Aku cuba berubah. Mungkin dengan berubah, perasaan benci kau akan berkurangan tapi mhm... Entah! I'm tired. Really tired. 

I know who I am. I'll never forget everything you said to me. Never. Ever! Sakit hati dah tak tertanggung. Ku tabahkan jua hati ini. Dia yang ingin memilih jalan yang berliku-liku itu sedangkan aku sudah menantinya di jalan yang lurus itu. Mungkin dia gemar akan cabaran! Cabaran hidup. Satu fitnah yang sangat menyakitkan telinga aku ni tak akan aku lupakan. Jika aku berubah, kau lagi berubah! Look at yourself first. Jangan nak mengata orang kalau kau tak ada bukti. Tambah dosa saja! Aku dah minta maaf dengan kau. Kalau kau tak maafkan aku dunia akhirat, aku peduli hapaa... Allah Maha Pengampun! Aku sudah laksanakan tugas aku. Now,it's your turn! 

Aku sekadar menegur diri itu. Cuba untuk bersuara tapi yang sampai di telingaku ialah perkataan 'bodoh'. Hati mana yang tak sakit? Cuba bagi tahu... 

Kalaulah kau berada di tempat aku...
Kalaulah kau tahu betapa sakitnya hati ini...
Kalaulah kau memahami perasaan ini...
Kalaulah kau dapat membuka mata dan hati...
Semuanya ini tidak akan terjadi...

Tapi kehendak yang di atas, siapa dapat bangkang?
Aku atau kau? Semuanya tiada hak sebesar itu. Kita hanyalah manusia biasa. Tidak sesempurna Penciptanya. Kelemahan pasti akan ada walau sekecil zarah. Sikap yang negatif muncul tanpa di sedari. 

Tapi terima kasih kerana sudi menegur aku. 
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.
Terima kasih kerana sudi menghiburkan hati aku.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan aku.
Terima kasih kerana kau telah menyedarkan aku erti kehidupan sebenar.
Terima kasih untuk segalanya...

Kalaulah benar kau mahukan adalah sebuah perpisahan. Aku ikhlas. Kita harus akui, sebuah pertemuan akan berakhir dengan sebuah perpisahan.
Kalaulah ini adalah noktah akhirnya, aku redha. 
Mungkin ini terbaik untuk kita. Buat hal masing-masing.
Daripada aku terus mengharap kemaafan daripada diri itu, dan akhirnya sebuah kekecewaan yang aku terima.
Baik tak usah. Hati ini terluka. Tapi aku tahu, kau tak kisah pun? Aku tahu aku siapa. Mhm...

Ini sekadar coretan isi hati... 

<-----Hasil pena : ♥ S H A Z A  

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Tuesday, 21 August 2012

- EID 2012 -

Assalamualaikum semua . 
Wow ! Dah Raya pun kita . Sekarang masa berlalu begitu pantas kan ? Entah lah . Tak tahu nak kata macam mana perasaan ni . Tapi sejujur-jujurnya , tahun ni , EID tak meriah . Seriously , I don't know why . Bunyi mercun memang mengalahkan bom atom kat negara jiran . Tapi macam tu lah . Bunyi mercun pun tumpang rumah jiran . HAHA . Kita takde mercun . *Pity for myself*  

Hari Jumaat aku duk rumah nenek sebelah ibu . Nasib baik aku tak ponteng puasa . Kalau kat sana , tak boleh sikit . Sikit-sikit nak terjun sungai . HEHE ! Wan aku buat lemang dengan rendang . Pergh laa ! Menjilat ibu jari . Aku biasalah , duk melenggok tengok TV . Kadang-kadang curik-curik main Samsung Galaxy pak sedare aku . Biasa , main game Angry Bird . Keh3 . 

As usual , aku tidur kat ruang tamu . Maklumlah , rumah nenek aku tu ruang tamu dia sebesar 1/2 padang bola . HAHA . So , boleh lah aku bergolek-golek kat tengah rumah tu . Aku paling suka tidur dekat tempat arwah cik aku (ayah mama) tidur dulu . Kain selimut pun , aku pakai yang dia je . Rumah Wan aku macam dekat Kutub Selatan . Sejuk gila beb ! Dah macam mayat hidup pun ada aku tengok sorang-sorang . Habis , semuanya berbungkus dengan selimut . Ada yang sampai satu badan tutup . Ada yang sampai kepala je .

Malam raya aku balik rumah Tok Wan . Jangan keliru . Yang ni ada Tok ya . HAHA . Keluarga sebelah abah . Aku ingat penuh satu rumah . Tapi bila sampai depan pagar , aik! Ada sebuah kereta je ? Nampaknya umi aku dengan family dia je ada . Fuh! Lega . Macam biasa , aku layan TV je lah . Boring kan hidup aku ni ? Tapi aku bersyukur masih bernafas . LOL ;) Adik aku, Aiman tak habis-habis . 

"Along , ce tengok ehh . Ni DVD eh . Ade cite Transformers" 

Tau lah nak bodek aku tengok cerita tu . Malas layan =P 

"Along, laptop sape orr ?" - Aiman wat kuat suara

Saja dia nak suh Umi aku bukakan laptop tu . Tau lah nak main game Angry Birds . 

Jam dah menunjukkan kul 11.46 malam (Macam ayat novel lah pulak) .  Adik aku tak habis-habis membebel . Last-last , Umi aku bukakan juga laptop tu . Sebenarnya , Hafiz , sepupu aku yang buka . Dia gelak je memanjang sebab tengok adik aku . Orang lain nak tidur, dia sibuk main Angry Birds game . #Sabar je lah .

Raya pertama . Baru lah sepupu aku penuh satu rumah . Aku, adik-II dan sepupu pergi beraya rumah jiran . #Aku temankan diorang je . Akdop niat nak duit raya benornya# . 1 jam duk rumah Makcik Kiah tu . Dah lah dia hidang air sarsi . Tobat ! Benci air tuh . Tapi demi Makcik Kiah , aku rela . Peace aunty :) Then, pergi rumah Mak Senah, dia hidang air teh panas pulak tuh . Sejam nak ke habis . For the first time , aku tak sentuh kuih raya . *Aku lening* . Tengok biskut Almond London depan mata, tapi wat derk je . Walaupun biskut tu memanggil-manggil aku . "Shera... Shera" . Tengok jam kat tangan dah kul 10.45 pagi . Tapi matahari dah atas kepala . Panas woo ! Baru dua buah rumah pergi . Muka dah macam Tembok kat negara China tu . Malu gila weh ! Nasib baik takde yang tanya , Kak ni menantu Mokku ke ? Tak pun, belajar kat kolej mana, kak ? Tobat , kalau ada yang tanya macam tu, aku angkat kaki selalu . 

Perut still kenyang , entah makan apa sampai kenyang . Minum air tadi tu kot . Keh3 . Aku balik rumah Wan kul 2 petang . Sampai sana . Penuh kereta kat depan rumah Wan . Semua sepupu-II aku balik . Anak sepupu beriooot . Orang lain, BF / GF keliling pinggang . Aku , anak sepupu keliling pinggang . Maklum, Wan kahwin dua, aku cucu suami ke-2 . Suami pertamanya dah meninggal . #Al-Fatihah#  So, kiranya kebanyakan sepupu tiri lah . Ade ke ? Ikot lah ehh ... Kalau tokki ke-2 aku , aku lah cucu sulung . Dan sebab itu jugalah , pinggang aku dikelilingi oleh sepupu yang paling tua umur, 9 tahun . So sad story ! Aku layan je lah . Kalau tokki tiri aku , sepupu semuanya dah kahwin . Ada anak lagi . So redha je lah ! Rumah dah separuh nak runtuh . Pening . Pening . Pening . I've got headache . Oh no! 

Banyak story , tapi tangan dah letih . Tak sabar nak sekolah . Miss you dear :) Bye-bye .
SELAMAT HARI RAYA , Maaf Zahir & Batin . 
Maaf lah segala kesilapan dan senda gurau saya yang berlebihan . 
Ikhlas daripada tuan punya badan , Norshahira Binti Mohamed Zambri . 
#Say cheese =D

* Kami suka berkoya *


#Kebosanan# 

----- An error have occured ! You cannot upload gamba banyak-banyak ma -----

Assalamualaikum . Salam Syawal ! <3


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Monday, 9 July 2012

- Syukur Ya Allah -


( Busy . Busy . Busy ) 

Assalamualaikum semua . Dah lama menaip , terasa pula letihnya. Alhamdulillah Shira dah siap cerpen ke dua Shira . Tak best pun ! Sekadar suka-suka . Mula-mula nak buat jalan cerita lain, tapi jadi lain pula . Lumrah penulis . Errr ! Penulis ( Sila muntah ) . HAHA ! Lama Shira tak buat gila , almaklumlah dah selalu gila kat sekolah . Dalam ni, kita serious sikit, kay ! Layan Nada Cinta sambil karang cerpen , syok juga ! 

Alhamdulillah juga sebab Shira baru je lepas habis pertandingan OMK kat UMT dengan Zakirah. . Keputusannya Shira akan tahu bulan 10 nanti . Fuh ! Lama lagi kan ? 
Now , Shira juga sedang nanti keputusan Permata Pintar . Tak tahu lah tahun ni dapat pergi ke tak . Hanya Allah Maha Mengetahui ! Shira pasrah je .

Geografi sikit lagi belum siap . BI ! Oral test for the second time . Hazim nampaknya bersemangat betul . Mungkin betul-betul serious , atau takut dengar Shira membebel kot . Apa-apa pun , Shira harap semuanya berjaya dengan baik . For us ! 

Dugaan pun tak lepas juga , lepas satu-satu . Kita, manusia, memang dugaan tu perkara wajib dalam kehidupan . Tapi selagi kita mempunyai keyakinan dan keimanan di hati , insyaallah , kita akan dapat tempuh ! 
Macam bersyarah lah pula . Wish good luck for all of us !

Lots of love : Norshahira :)

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- Kasih Yang Hilang -

2) KASIH YANG HILANG

“Leesa sayang ibu. Leesa janji akan belajar rajin-rajin dan bantu keluarga kita keluar daripada kemiskinan”. Leesa berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor kanak-kanak. - Leesa -

“Haha. Girls! Give me five”. Clara ketawa puas. Dia memandang Leesa dengan pandangan tajam. Hatinya puas.  
  Puas mengerjakan Leesa, musuh ketatnya. - Clara - 

“Clara, ingat pesan Mak Jah ni. Jangan sesekali melawan cakap ayah Clara. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayah Clara”. Pesan Mak Jah lembut sambil mengusap rambut Clara. - Mak Jah -
*Hope Enjoy* - Miss Shira

PART 1     - PART 2     - PART 3    - PART 4

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART AKHIR K.Y.H -

LEESA meneliti jam di dinding. Dah pukul 10 malam. Dia kelihatan gelisah kerana ibunya masih belum pulang.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”. Sahut Leesa.
“Maaf lah ibu lambat sikit tadi. Nah! Barangnya”. Ibunya menghulurkan barang-barang yang dibeli. Leesa sambut lalu meletakkannya di dapur.
“Leesa, sini sekejap sayang!”. Panggil ibunya.
“Kamu masih ingat tak, kawan masa kecil kamu? Yang kamu panggil Milo”. Leesa ketawa. Dia masih ingat ketika orang lain memanggil kawannya itu, dengan panggilan apa entah, dia lupa, dia memanggil dengan panggilan Mila. Tapi berubah apabila dia ternampak iklan Milo di televisyen, dan memanggil Mila dengan gelaran Milo. Dia ketawa lagi.
“A’ah. Kenapa bu?”.
“Dia ada kat sini sekarang. Tu ! “. Ibu menunding jari ke arah perempuan sebayanya di muka pintu. Tidak disangka ! ‘Apakah betul apa yang aku lihat ni’. Leesa tiba-tiba kaku. Perempuan itu juga kaku. Mereka saling berpandangan.
“Clara!”. Jerit Leesa perlahan. Dibalas dengan jeritan Clara yang agak nyaring. Ibunya agak terkejut dengan adegan itu.
“Ha’ah! Dulu kamu selalu panggil dia Milo. Sedangkan nama dia Puteri Clara Syamila”. Ibunya menambah.
Tiba-tiba air mata mereka deras mengalir. Tiba-tiba mereka berpelukan. Orang yang dia sangat dendami selama ini, ialah orang yang sangat bermakna dalam hidupnya.
“Maafkan saya Leesa!”. Tutur Clara dengar tak dengar.
“Saya dah lama maafkan awak, Milo!”. Balas Leesa. Mereka sama-sama gelak. Ibunya, Mak Jah, sekadar melihat aksi spontan mereka. Mereka langsung tiada niat untuk menceritakan perkara yang sebenarnya kepada ibu ‘mereka’. Biarlah kenangan pahit menjadi sejarah dalam kehidupan mereka. Mereka senyum.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 5 K.Y.H -

JAM menunjukkan pukul 9 malam. Sudah hampir siap kuih untuk dipekkan. ‘Ah ! Plastik pula habis. Gandum pun tinggal sikit lagi. Huh!’. Ibu Leesa mengeluh.
“Leesa, ibu nak pergi kedai sekejap. Gandum dengan plastik dah habis ni“. Leesa sudah menjengah ke luar pintu bilik.
“Biar Leesa pergilah bu“. Leesa menawarkan diri untuk menolong ibunya.
“Tak payah lah. Dah lewat malam ni. Biar ibu saja pergi. Tolong tengok-tengokkan kuih ibu ni, ya!“. Ibu mengarah.
“Baiklah ibu”. Ibu mencapai beg duit di atas meja lalu menarik tudung yang tergantung berhampiran pintu bilik.
DI KEDAI...
‘Aduhai ! Tutuplah pula kedai ni. Terpaksa lah pergi pasaraya ni’. Keluh hatinya.
“Clara, kau nak buat apa kat sini?“. Tanya Naji.
“Entah lah. Tetiba saja kaki aku ni berjalan sampai sini. Dah ada kat sini, kita tengok-tengok sajalah barang kat sini. Aku pun nak beli makanan sikit ni. Kat rumah tu dah macam rumah orang tak duduk seminggu. Bersih saja peti rumah aku tu”. Balas Clara panjang lebar sambil berjalan menuju ke ruang ‘Makanan Ringan’.
“Hah! Pilih lah kau orang nak apa. Aku belanja”. Selamba saja Clara cakap. Apalagi, semua kawan-kawannya memilih makanan. Macam pilih stok untuk musim banjir. Nampaknya lebih parah daripada itu.
Dalam satu pusing saja, semua dah lesap. Tinggal Clara saja sorang-sorang kat situ. Tanpa mempedulikan keadaan itu, dia terus mengatur langkah ke lorong sebelah. Langkahnya semakin perlahan tatkala dia ternampak kelibat seorang wanita yang agak berusia berdiri berhampiran barang-barang.
‘Macam aku kenal je!’. Berkerut dahi Clara dibuatnya.
“Mak Jah!”. Clara menegur wanita tersebut. Dia berpaling.
“Clara!”. Mereka saling berpandangan seketika. Clara memeluk Mak Jah dengan erat. Mak Jah dah umpama ibu keduanya.
“Lamanya Mak Jah tak jumpa Clara”. Clara senyum. Hatinya yang kosong seolah-olah kian dipenuhi taman-taman bunga yang mekar. Hatinya begitu seronok. Orang yang dia paling sayang kembali dalam kehidupannya.
“Mak Jah sekarang duduk mana?”. Tanya Clara perlukan kepastian.
“Mak Jah sekarang menyewa rumah dekat surau berhampiran pasaraya ni saja. Jomlah datang rumah”. Mak Jah mempelawa Clara.
“Clara nak kenal lah rumah Mak Jah. Boleh Clara pergi malam ni? Clara datang sini pun dengan driver Clara“. Pinta Clara. Mak Jah angguk. Clara tersenyum riang.
Kawan-kawan Clara muncul di sebalik rak-rak barang tersebut.
“Girls. Ni Mak Jah, mak kedua aku! Aku nak singgah rumah dia sekejap. Kau tunggu lah sini sekejap. Aku dah suruh driver sorang lagi datang ambil kau orang. Aku pergi dulu ya ! “. Clara berlalu pergi meninggalkan kawannya. Mereka melambai-lambai tangan. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 4 K.Y.H -

MASIH adakah baki kasih sayang buat aku, ayah?’. Getus hati kecil Clara. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang bapa sejak lahir lagi. Walaupun jasad seorang bapa berdiri di hadapannya, seolah-olah dia langsung tidak mengenalinya. Hanya sekadar gelaran ‘ayah’ tetapi langsung tidak mempedulikannya. Clara dibesarkan oleh pembantu rumahnya yang kini telah berpindah kerana mengikut suaminya. Sejak kecil sehingga lah besar, dia hidup serba mewah. Semua yang dia nak pasti akan dapat. Tapi cuma satu sahaja masih belum terlunas, iaitu ‘kasih sayang seorang bapa’. Dato’ Syed Osman, seorang ahli korporat merupakan bapa Clara. Sibuk dalam dunia bisnes sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang yang digelar bapa. Ibunya pula, Datin Rosy Mahsuri sudah lama meninggal dunia tatkala dia lahir ke dunia metropolitan ini. Ayahnya sentiasa memenuhi keperluan Clara sehingga Clara membesar sebagai gadis yang sombong.
“Bib, ayah mana?”. Tanya Clara sambil membelek-belek majalah Remaja keluaran Jun. Tiada satu pun yang menarik minatnya. Cinta… Cinta dan Cinta! Dia bosan mendengar istilah tersebut.
“Maaf Clara. Dato’ masih berada di kantor. Katanya, masih banyak urusan”. Bibik Surti membalas dengan loghat Indon nya.
Clara dah dapat mengagak jawapan pembantu rumahnya itu. Direnungnya setiap penjuru rumah. Kosong ! Dia bosan. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Lantas, dia mencapai iPhone 4S yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Pantas saja dia menekan punat telefon.
“Hello Wawa. Jom hang out ! Bosan ni. Kau call lah orang lain“. Clara mengarah.
“Beres. Nak jumpa kat mana?”.
“Emm… Kumpul kat rumah kau lah. Nanti aku jemput”.
“Mhm. Ayah kau bagi tak kau keluar ni? Malam-malam macam ni ?“.
Clara terdiam seketika. Masih dia ingat ketika pembantu rumah lamanya itu masih bekerja di situ.
“Clara, ingat pesan Mak Jah ni. Jangan sesekali melawan cakap ayah Clara. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayah Clara”. Pesan Mak Jah lembut sambil mengusap rambut Clara.
“Tapi… ayah jahat. Dia tak sayang Clara!”. Clara menangis tersedu-sedan. Dia berbaring di atas riba Mak Jah. Mak Jah lah tempat dia mengadu.
“Ibu, kenapa dengan Clara? Kenapa Clara nangis? Nanti tak comel”. Tanya seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang sama umur dengan Clara iaitu anak Mak Jah, juga merupakan rakan sepermainan Clara. Tanpa dia, terasa kosong hidupnya.
Mak Jah sekadar senyum melihat telatah anak-anak kecil itu. Mereka masih belum mengenal kehidupan dunia.
“Clara? Hello!”. Wawa memanggil-manggil dari dalam telefon.
“Ya. Kau tunggu lah dengan geng lain. Bye!”. Mereka menamatkan perbualan setelah ayah Clara pulang.
Clara bangun dan bersalaman dengan ayahnya.
“Ayah, nanti Clara nak keluar dengan kawan-kawan. Bosan duk rumah. Boleh kan ayah?”. Tanya Clara dengan penuh semangat.
“Mhm”. Ayahnya jawab acuh tak acuh saja. Terasa panas saja hati dia. Dia sabar. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 3 K.Y.H -

DI JALAN…
“Leesa, kau okay ke? Teruk kau kena dengan cikgu Ros tadi”. Sapa Zu ketika keluar dari pagar sekolah. Mereka berjalan pulang ke rumah masing-masing.
“Sikit je pun”. Leesa cuba menyorokkan rasa sakit yang masih berbaki lagi. Perit betul tangannya. Hanya Tuhan yang tahu.
“Yang kau ni, ada driver datang ambil, tapi taknak. Jalan kaki juga yang kau nak!”. Kami ketawa kecil.
Tiba-tiba datang seorang kawan mereka...
“Leesa!”. Tegur dia dari belakang.
“Eh Riz. Kenapa?”. Riz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Fakri. Pelajar kelas 2 Chemistry. Walaupun berlainan kelas, namun, dia sangat mengenali mereka. Sejak kecil lagi, mereka berkawan.
“Tak ada apa-apa. Petang esok, nak study group sama tak?”. Ajak Riz.
“Kau ajak Leesa je? Aku tak ajak? Sampai hati kau, Riz”. Zu mencelah. Leesa sekadar senyum.
“Ye lah! Ye lah. Sibuk je kau ni” . Riz menjeling ke arah Zu dan memandang Leesa semula.
‘Mhm! Leesa tak tahu lagi. Leesa kena tolong ibu”. Itulah kerjanya sejak dulu lagi. Pagi pergi sekolah, menuntut ilmu. Petang, tolong ibunya.
“Mhm! Takpe, Riz faham. Nanti Leesa call lah Riz, kalau jadi ekk. Bye. Assalamualaikum”. Riz berlalu pergi tanpa Leesa sempat berkata apa-apa.
Mereka berpisah ketika sampai di simpang 4. Zu memlih lorong kanan iaitu menghala ke rumah Siti Saharah, sepupunya yang baru pulang dari Mekah. ‘Kecil-kecil dah dapat pergi umrah’, celoteh hati kecil Leesa. Leesa mengatur langkah melalui lorong yang sudah tidak asing baginya. Setiap kali pulang sekolah, lorong itulah yang dipilih olehnya kerana lebih dekat berbanding jalan utama. Walaupun lorong itu dikelilingi oleh kebun-kebun dan hutan, namun Leesa sudah terbiasa dan tidak sedikit pun perasaan takut muncul dalam dirinya. Hari sudah semakin gelap. Langkahnya kian laju.
“Kesian ibu”. Keluh Leesa.
Sampainya di rumah, ibunya sudah sibuk mengatur barang-barang untuk membuat kuih. Leesa bersalaman lalu masuk ke dalam biliknya yang kecil. Di penjuru bilik, terdapat meja kecil tempatnya belajar. Buku sekolahnya tersusun rapi di atas rak kecil, khas buat buku-bukunya. Jendela yang berada betul-betul di tepi kepala katil dibuka perlahan-lahan. Bayu petang berpusu-pusu masuk tanpa mempedulikan Leesa yang tercegat berdiri di situ. Tudung sekolah dicabutnya lalu disangkut di dalam almari kayu. Sang mentari sudah bersiap sedia berganti syif.
“Ibu, nanti Leesa tolong ibu ya!”. Laung Leesa dari dalam bilik.
“Tak perlulah. Leesa kan baru pulang. Rehat saja lah dalam bilik tu”. Balas ibu.
Ibu seperti tahu akan keletihan yang dirasai olehnya. Entah kenapa dia terasa sangat letih pada hari tersebut. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 2 K.Y.H -

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN LANAI...
“Girls! Hang on. Tu bukan Leesa ke? Anak penjual kuih kat tepi jalan tu”. Kata salah seorang ahli kumpulan ‘The Girls In Famous’ atau lebih dikenali dengan panggilan T-G.I.F, Puteri Clara Syamila. T-G.I.F dianggotai seramai 5 orang ahli. Suzan, Fifi, Najihah, Wawa dan ketuanya, Clara.
“Ha’ah lah Clara”. Jawab Fifi, gadis yang sedikit lembap dalam bab-bab macam ni. Berwajah montel dan berkaca mata sangat sesuai dengan gelarannya ‘Ulat Buku’ kerana terkenal dengan sikapnya yang suka membaca.
Clara senyum. Seperti ada sesuatu lagi yang ingin dirancang oleh dia. Ada saja masalah antara dia dan Leesa. Gadis yang tak bersalah tu selalu dikerjakannya.
“Ops! Sorry lah Leesa. Saya tak sengaja”. Air milo panas menyentuh tangan dan bajunya. Habis semuanya kotor. Clara buat muka seolah-olah bersalah. Kawan-kawannya yang lain hanya memerhati dari jauh.
“Tak apa lah. Awak tak sengaja juga kan”. Tangannya terasa perit tapi dibiarkan saja. Dia menenyeh bajunya dengan tisu tapi kesan air milo masih ada. Clara berlalu pergi begitu saja.
“Haha. Girls! Give me five”. Clara ketawa puas. Dia memandang Leesa dengan pandangan tajam. Hatinya puas. Puas mengerjakan Leesa, musuh ketatnya.
“Girls! Aku tahu apa nak buat dengan dia hari ini!”. Clara tersenyum sinis. Kawan-kawannya yang lain terpinga-pinga.
“Semua bangun. Assalamualaikum, cikgu!”. Kata ketua kelas 2 Biology. Puan Rosnani masuk ke kelas mereka dengan muka yang dah macam nak makan orang. ‘Agak-agaknya, cikgu ni dah makan ke belum ekk?’  Getus hati kecil Leesa.
“Okay. Cikgu ada bagi kerja kan semalam? Keluarkan cepat!”. Arah cikgu Ros.
“Fuh! Nasib baik aku dah siap semalam”. Leesa lega. Dia mencari-cari buku latihan Bahasa Melayu di dalam beg sekolahnya. Satu persatu dibeleknya. ‘Ah! Kenapa tak ada pulak ni? Aku rasa dah letak kat sini semalam’. Sahabat baiknya, Nazuha sudah lama meletakkan bukunya di atas meja. Jantungnya berdegup kencang bagai nak tercabut dari tempatnya. Kadang-kadang dia memandang ke arah Puan Ros yang bermuka bengis, menanti buku latihan mereka.
“Okay! 28, 29… Mana 1 buah buku lagi? Siapa yang belum hantar?”. Nada cikgu Ros semakin naik.
“Err… Saa…ya, cikgu!”. Suara Leesa terketar-ketar.
“Mana buku latihan kamu?”. Tanya cikgu Ros lagi.
“Maaf cikgu tapi saya dah letak buku karangan saya dalam beg semalam. Entah kenapa hari ni dah tak ada”. Jawab Leesa jujur. Dia masih ingat, semalam dia terus letak buku tersebut di dalam beg sebelum menolong ibunya di dapur. Dia hairan.
“Alasan! Takkan buku tu boleh berjalan pulak? Ke ada hantu?”. Sergah cikgu Ros. Semuanya ketawa termasuk Clara dan teman-temannya.
“Huh! Padan muka kau Leesa”. Clara tersenyum sendiri.
“Kamu akan didenda, Leesa”.
Leesa akur. Baginya, mungkin ini yang terbaik untuk mengingatkannya agar lebih berhati-hati selepas ini. Leesa selalu berfikiran positif.
Nazuha sudah dapat menggagak siapa yang lakukan semua ini. Dia hanya mendiamkan diri sebab tidak mempunyai cukup bukti.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

PART 1 - K.Y.H

LANGIT masih gelap ditemani bulan yang terang menerangi fajar. Dingin pagi masih terasa tatkala hinggap di badan Nur Aleesa . Gadis yang berbadan kecil ini sudah bangun seawal 5 pagi bagi membantu ibunya menyediakan makanan untuk dijual kepada para pelanggan. Tidak sedikit pun mengeluh apatah lagi mengatakan “Ahh!” kerana terpaksa melakukan semuanya. Aleesa yang sudah kematian ayah, terpaksa bermandi peluh membantu ibunya berjualan bagi menampung kehidupannya.
“Ibu, err… Leesa nak mintak duit sikit sebab Leesa kena  beli buku latihan. Nanti Leesa takut cikgu marah, dah minggu lepas cikgu mintak!”. Leesa menutur kata-katanya perlahan-lahan sambil menguli adunan untuk dibuat donat. Leesa tidak sanggup memandang ke arah ibunya. Tidak sanggup untuk melihat sepasang mata kuyu yang terpaksa menanggung penderitaan sebegini.
"Berapa harga buku ni?”.
"Emm... 15 ringgit bu”.
“Leesa. Ibu ada 15 ringgit cukup-cukup nak. Tak apa lah, Leesa ambik lah. Nanti ibu jual kuih ni, ibu dapat duit lagi”. Ibu bangun lalu mengambil beg duit dia. Duit RM5 sekeping dan RM10 sekeping dikeluarkan dari dalam beg. Leesa lantas mencapai wang yang diberi oleh ibu. Dia tidak sanggup untuk mengambilnya tetapi terpaksa. ‘Ibu, maafkan Leesa!’
“Terima kasih, bu”. Leesa memeluk ibunya sekuat hati seolah-olah tiada lagi hari esok. Tiba-tiba air matanya deras mengalir membasahi pipi yang gebu.
“Jangan menangis nak. Selagi mak hidup, mak akan sentiasa memenuhi keperluan kamu. Semampu mak”.
Leesa sudah menangis teresak-esak.
“Leesa sayang ibu. Leesa janji akan belajar rajin-rajin dan bantu keluarga kita keluar daripada kemiskinan”. Leesa berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor kanak-kanak.
“Ibu sayang Leesa juga. Dah! Cukup-cukup. Anak ibu dah besar, tapi masih nangis. Ah! Malulah”. Ibu mengesat lembut air mata Leesa dengan tangannya.
Leesa senyum. Dia terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi akibat menangis tak tentu arah. Dia geli hati apabila memikirkan perilakunya sebentar tadi. ‘Aku ni macam budak-budak lah pulak!’. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Saturday, 30 June 2012

- No Title -


Cantiknya ! Subhanallah . 

Assalamualaikum stalkers . Hari ini dah hari Sabtu rupanya . Cepat betul masa berlalu . Sekarang dah bulan Sya'aban, nanti menjelma bulan Ramadhan . Bulan kita, makhluk Allah SWT ! 

Shira sekarang focus nak siapkan semua tugasan , then , nak focus untuk exam . Exam Shira semakin down lah . Hope next exam , dapat tercapai hasrat Shira untuk dapat 8A . Shira selalu dapat B , BI ! Entah lah nape . Pelbagai usaha Shira wat . Walaupun tak usaha mana , dekat exam , Takpe ! BI je pun . ( Macam lah aku ni pandai sangat , kan kan kan ? ) 

Itulah kesalahan Shira . Selalu pandang rendah . Lain kali pandang tinggi sikit budak . 
Cakap pasal ketinggian ni kan , Shira rasa semua orang dah tinggi daripada Shira . 
Contoh , berdiri tepi Iffah , tersangat lah tinggi sebab dia memang tinggi ! Ngok ngek sungguh . 
Okay , ambik contoh lain . Errr . HAH ! Anis Asyikin . 
Dia dah hampir , nyaris , sikit lagi nak sama tinggi dengan Shira . Kadang-kadang , nampak dia lebih tinggi daripada Shira . Oh No ! Oh my necklace . Maklum dulu ada necklace , pegi gigit sampai putus . Maklum , gatal gusi . ( Young Kid ) 

Okay . Tersasar daripada cerita sudah . Kita tersasar sikit lagi takpe kan ? 
Dekat sekolah , cikgu Zurina ehh . Zu ke Za ekk ? Adoii ! Ignore it . Cikgu tu kan kata ada lawatan . 
Lawatan ? Pergh laa . Tapi tengok bayaran dia , lagi perghhhh tahap gila . RM 200 ! 
"Alah sikit je tuh" - Kata kaum kaya raya . Kita miskin je . HAHA ! 

Pergi ICity , Cameron Higlands , Lost World / Sunway Lagoon au . Lupa ! 
Semuanya Shira dah pernah pergi . =)

ICity : Shira dah pernah pergi kat sana , siap ambik gambar lagi , tapi tak masuk dalam bangunan dia . Tapi Shira bertapak jugalah kat ICity . HAHA !

CH : Lagilah pernah . Pernah LALU . Pernah juga kan ? Tak gitu . Satu jalan menuju ke CH , satu jalan menuju ke KL . Shira lalu ikut jalan ke KL . So, sempat lah jenguk jalan ke CH tu . Sama je , jalan dia berturap juga kan ? Ke ada marmar ? =')

Sunway Lagoon : Ceh . Bosan dah . Setiap hari rasanya . Kul 2.45 pm , Shira pergi lah sana dengan kengkawan . No parents ! Wow . =O
Shira pergi Sunway Mini Market . Sunway juga . ( Aku pun tak tahu mana Sun - Way nya ) 

So , conclusionnya , semua tempat Shira dah pergi . So , buat apa pergi lagi . Buang masa ! 
Jangan marah ya kawan-kawan yang lain . Tempat yang Shira pergi , Free of Charge , dear . No fee . 
Nice place =) Nice people . Chow lu . Bye . 
Assalamualaikum =)

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Friday, 29 June 2012

- Cerpen pertama MIss Shira -

Assalamualaikum semua ! Lama Shira tak post apa-apa lam blog ni ya . Shira sibuk dengan cerpen Shira yang akhirnya siap 100% , tak lah sesedap cerpen korang . Tapi bolehlah sekadar isi masa terluang . Tugasan Shira pun dah hampir beres . Alhamdulillah, ya Allah ! Harap-harap Shira dapat terus kembangkan penulisan Shira pada masa akan datang . ( Angan-angan semata-mata ) . 

Sikit je kot Shira taip hari ni . Semantara tu , enjoy lah membaca cerpen Shira . Harap suka ya ! 
Bye :) Assalamualaikum .

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part Akhir - A.B.K.S

“Lia nak terus kawan dengan Roy sampai Lia mati. Dan Roy akan selalu ada di hati Lia. Tak nak couple, tapi kawan selamanya!”. Roy senyum… Dia seakan mengerti maksud aku. Kami senyum. Kami berjalan meninggalkan airport. Betul kata mak aku, kalau benci nanti tukar jadi sayang. Lepas ni, aku dah taknak benci sesiapa sebab aku hanya benci mamat sengal tu saja. Sebab aku sayang Roy


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 17 - A.B.K.S

“Kita putus kawan… Jom kita couple!”. Dia senyum. Aku terkejut sekali lagi.
“Apa?”
“Ya… Setuju? Kita putus kawan tapi kita couple? Roy sukakan Lia dan sayangkan Lia”. Dia tanya lagi. Muka aku sedikit ceria. Tangan dia deras mengesat muka ku yang dibasahi dengan hujan air mata.
“Emmm… tak setuju!”. Aku geleng kepala. Sekarang, giliran dia pula terkejut.
“Maksud Lia?”. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 16 - A.B.K.S

Tiba-tiba…
“Lia…” Aku pusing kembali. Roy!’ Dia kembali ke? Atau ada barang dia tertinggal? Aku tidak keruan.
“Lia nak pergi mana?”. Tanya Roy.
“Err.. Lia… Lia nak balik lah”. Kataku bernada sedih. Air mataku tiba-tiba deras mengalir.
“Kenapa tak tunggu Roy?”. Aku terkejut.
“Tapi… Roy kata…”
Roy memotong percakapanku…
Roy kata, Roy kena pergi, tapi tak bermaksud Roy nak pergi tinggalkan Lia. Roy nak pergi buang tiket ni. Buat serabut je!”. Dia ketawa. Aku senyum. Dia mengesat air mataku dengan sapu tangan yang tertulis, A-L . Adakah mungkin Azman-Lia? Okay, aku perasan.
“Tapi… disebabkan semua yang berlaku, kita…mhm… kita putus kawan!”. Tutur Roy perlahan.
Aku terkejut dengan tutur kata Roy. Aku kaku. Aku rasa macam disumpah jadi batu.
“Supp… Supp… Roy…” Aku menangis teresak-esak. Entah kenapa air mataku ni deras je mengalir. Aku pandang wajah Roy. Muka dia serius. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 15 - A.B.K.S

Roy dah lama maafkan Lia. Roy sayangkan Lia tapi…”
“Perhatian kepada semua penumpang yang mengambil pernebangan ke New York, pernebangan anda akan bermula sebentar lagi. Harap maklum!”. Kedengaran operator sedang membuat pengumuman. Aku gelisah. Kata-kata Roy terhenti.
Dia sambung lagi. “Maaf Lia. Roy terpaksa pergi”. Dia berlalu begitu saja. Aku masih berdiri di situ menanti Roy tapi dia tak muncul-muncul. Sangkaan aku meleset. Dia tidak kembali. Aku pulang dengan perasaan hampa bercampur sedih. Aku terlalu sombong selama ini. Langkahku berat untuk meninggalkan airport. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 14 - A.B.K.S

Di lapangan terbang…
Dari jauh kelihatan seorang jejaka yang terpahat dalam otak aku ni berjalan membawa luggage menuju ke kaunter tiket. Dia memakai kaca mata hitam. Sungguh bergaya. Namun, di sebalik kaca mata hitam itu, tak boleh disorokkan lagi muka kecewanya dia. Aku dapat lihat dengan jelas sekali. Aku berlari mendapatkannya. Aku tidak ingin dia pergi dari hidupku. Tapi aku tak memaksa. Itu hak dia, sekadar meminta maaf pun jadilah.
Roy!”. Laungku dari belakang. Dia pusing. Aku menghampirinya. Tinggi juga dia bila berada di depanku.
“Lia?”. Dia cabut kaca matanya dan terlihat matanya yang kuyu.
“Roy. Maafkan Lia! Lia tahu Lia salah. Semuanya salah faham. Lia tahu Roy tak salah. Maafkan Lia!”. Aku cuba berterus terang.
Roy hanya memandang tepat ke dalam anak mata ku.
“Lia”. Dia memegang bahuku.

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 13 - A.B.K.S

Di kantin…
“Lia! Lia!”. Su termegah-megah datang menghampiri aku lalu duduk tanpa dipelawa. Aku tak kisah pun. Sebab aku rehat sorang-sorang juga. Faiz kata dia ada kelas nanti, dia kena siapkan kerja sikit. Laju je langkah dia tadi. Terus lesap macam tu. Malaslah aku tanya.
“Kau kenapa ni. Nah minum air aku dulu ni!”. Aku hulur air oren yang terhidang depan mata kami. Laju je dia teguk air tu. Aku sekadar memerhati.
“Okay. Cakap perlahan-lahan. Why?”. Aku tanya perlukan kepastian. Macam ada tsunami je.
“Video! Video!”. Gagap je tutur kata Su.
“Video apa?”. Suaraku dah sedikit naik.
“Video yang Faiz tunjuk ke kau tu, pasal Roy!”.
“Ya?”. Aku semakin hairan. Ada apa sebenarnya ni?
“Video tu palsu!”. Palsu? Apa maksud Su?
“Palsu? Maksud kau?”
“Video yang kau tengok tu, tak nampak kan muka Roy, cuma nampak belakang dia je, dan suara kan?”. Tanya Su.
“A’ah. Apa kaitan dengan palsu pulak nya. Tu kan suara Roy”. Jelasku lagi. Hatiku kian berdegup kencang. Apa lagi yang akan berlaku hari ini?
“Sebenarnya tu bukan Roy. Suara tu pun telah ditapis dan diubah sebijik macam suara Roy!”. Aku menggaru kepala yang tak gatal.
“Lembap lah kau ni! Roy tak salah. Ada orang nak jatuhkan dia dan dia ialah Faiz. Dia tahu Roy sukakan kau, jadi dia cuba nak buat kau benci dekat Roy!”. Muka ku dah tahap terkejut gila. Apa ni? Drama apa ni? Tapi aku cuba untuk bertenang. Argh! Faiz! Hatiku menjerit. Ternyata aku dah tersalah anggap. Kesian Roy! Ya Allah…
“Faiz sudah hilang entah ke mana. Mungkin dia tidak sanggup berdepan dengan kau kot!”. Ah! Lantak lah. Aku sudah tidak peduli pasal Faiz.



Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 12 - A.B.K.S

“Hai Lia”. Tegur Faiz dengan muka yang ceria yang amat. Aku sekadar senyum. Kata-kata Roy semalam masih tak dapat ku lupakan.
“Lia, sebenarnya, Roy nak jujur dengan Lia. RoyRoy dan Faiz ialah adik beradik tiri. Faiz ialah abang tiri Roy. Kami memang tak sehaluan sejak dulu lagi. Maafkan Roy sebab tidak beritahu ke Lia hal yang sebenarnya!”. Kata-kata tu masih terpahat di hati.
“Kenapa Lia muram je ni? Kasi tahu lah ke Faiz”. Pujuk dia lagi.
“Nothing!”. Aku cuba senyum. Dia membalas senyumanku lagi. Aku tidak nampak Roy hari ini. Dia tak masuk kelas ke? Sakit ke dia? Tapi kenapa aku risau sangat ni. ‘Mhm!Aku mengeluh. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 11 - A.B.K.S

Di dalam bilik…
“Lia… Kenapa ni?” . Su cuba memujuk. Aku sudah menangis teresak-esak. Parah sangatkah hatiku ini?
“Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Tunjukkanlah kebenaran kepadaku, ya Allah!”. Aku berdoa dengan khusyuk di atas sejadah biru. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Su sudah berdengkur di katil sebelah. Aku berzikir dan bermunajat kepada Allah banyak-banyak. Hatiku kian tenang. Segala yang berlaku dapat ku terima secara perlahan-lahan. Aku ingin melupakan segala yang terjadi. Hari esok akan ku hadapi dengan tenang.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 10 - A.B.K.S

“Kenapa awak datang sini?”. Tanya aku tanpa memandang muka dia. Sakit hati ni masih belum hilang.
“Boleh saya duduk?’’. Aku sekadar mengangguk.
“Lia. Roy nak mintak maaf sebab ganggu Lia sekarang ni. Roy……” Dia menceritakan sesuatu yang tak diduga. Aku terkejut mendengar kata-katanya. Betul ke? Kenapa? Kenapa! Aku rasa macam ingin menjerit saja. Aku seperti orang bodoh yang tak tahu apa-apa. 
Aku bangun tanpa berkata apa-apa. Lidahku kelu. Makanan yang terhidang sedikit pun tak terusik. Nampaknya Su dah bergegas ke sini. Seoalah-olah dia nampak apa yang terjadi. Cepat-cepat dia minta waitress tu bungkus makanan dan air. Kami berlalu meninggalkan Roy di belakang. Aku menoleh sekali-sekala. Rasa bersalah pun ada tapi dia dah keterlaluan. Roy duduk termangu di kerusi kami tadi sambil memandang ke lantai. Mukanya kesal. Adakah kau kesal sebab sakiti hati aku, Roy?

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 9 - A.B.K.S

Di restoran…
“Kenapa muka kau aku tengok moyok je. Macam buah nangka buruk!”. Su ketawa. Perli ya?
“Mhm! Su…”
“Ya? Pasal Roy lagi ke? Buat apa lah kau fikir pasal dia. Dia tu manusia ape entah. Jangan-jangan bukan manusia kot!”. Su buat-buat terkejut. Aku memandang ke arah Su.
“Ish! Tak baik lah. Kita jangan jadi macam dia”. Nasihat aku kepada Su. Dia hanya tersenyum.
“Emm! Nak order apa ya?”. Tanya waitress tu.
“Chicken chop and fresh orange!”. Kataku. Nak bertukar ke western food sikit.
“Nasi goreng kampung dengan jus epal, ya!”. Ucap Su. Dia memang tak habis-habis dengan nasi goreng kesukaan dia tu lah.
Aku pun dah lapar ni. Seharian tak makan. Gara-gara mamat sengal tu lah. Tapi aku juga yang salah terlalu menaruh kepercayaan kepada dia. Tapi aku silap.
“Lia…” Suara yang sudah tidak asing bagiku. Aku memandang ke tepi. ‘Roy!’ Buat apa dia datang ke sini. Waktu aku nak makan ni lah dia datang. Mengacau betul mamat ni. Argh!
“Err… Lia, aku nak pergi toilet jap!”. Dalam sekelip mata saja, Su dah hilang. Lesap macam tu je budak ni. Aish! Dia ni, takkan aku dengan mamat ni je.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 8 - A.B.K.S

Di dalam bilik…
Pintu bilik di buka. Aku menyembangkan muka di atas bantal kesayanganku. Hatiku sakit lagi. ‘Woii! Tak ada ubat ke nak ubati hati aku ni! Sakit gila wehh’ , getus hati aku yang sakit tahap kritikal ni. Boleh masuk ICU nampak gayanya. Hampir lemas aku dibuatnya. Mukaku diangkat. Sedih-sedih aku pun, tak lah sampai nak bunuh diri sendiri. Aku masih waras lah!
“Assalamualaikum!”. Su masuk ke dalam bilik aku. Opss! Bilik kami. Dia sebilik dengan aku. Best sebilik dengan dia.
“Kalau ya pun patah hati, jawablah salam aku ni!”. Dia berceloteh lagi. Su memang dah tahu semuanya pasal Roy. Aku memang tak berahsia dengan dia. She’s the only one my true friend!
“Emm. Aku dah jawab lah, dalam hati”. Balasku sambil membuka shawl yang dah senget-senget ni. Rimas aku. Rimas dengan tudung dan masalah hati aku ni. Hati aku sakit, aku yang merana.
“Badmood je?”. Su melangkah masuk ke dalam bilik air dengan membawa tuala mandinya. Cepat betul budak ni.
“Huh! Aku benci mamat sengal tu”. Laung aku dari dalam bilik. Satu persatu kerongsang ditanggalkan. Rumit betul pakai shawl ni. Tapi aku suka. Aku tersengih macam orang gila yang hatinya hancur di hadapan cermin.
“Oii! Sihat tak? Nak aku bawak ke klinik? Boleh juga aku mengurat doktor kat situ”. Tiba-tiba dia muncul di sebalik almari berhampiran bilik air, sedang mencari sesuatu nampaknya.
“Pandai lah kau Su. Eh! Cepat mandi, mandi kerbau ke?”. Aku senyum pahit. Jelingan tajam dia hinggap ke arahku.
“Malam ni kita makan kat luar epp?”. Soal Su lagi.
Aku sekadar mengangguk. Malas nak berkata-kata. Mulutku dah berat. Yang penting sekarang, aku nak tenangkan fikiran, tak payah nak serabut dengan si mamat sengal tu. Nak mandi dulu!
“Eh! Okay tak aku pakai baju ni?” Aku angkat blaus pink dengan seluar skinny. Aku malas nak pakai cantik-cantik tapi sekadar hiburkan hati. Su angguk. Dia sudah siap dari tadi lagi. Bersahaja je pakaian dia, t shirt merah dengan seluar jean biru. Sepadan je dengan Su ni. Maklum, orang nya tinggi, putih dan gebu. Cair lelaki yang pandang ni! Huh! Shawl putih aku selitkan kat kepala. Cantik juga aku kalau dipandang sekali imbas. Dua kali imbas dah tak cantik.
“Jomlah”. Aku saut sandal bertali. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 7 - A.B.K.S

“Haha! Aku pasti dia akan berbaik dengan aku. Cara ni dah biasa aku guna. Aku sent message ke Lia, fuh! Cair lah dia nanti. Kau tengok je lah! Haha! Aku kan Roy”. Roy ketawa dengan penuh kezaliman tanpa memikirkan perasaan aku. Ternyata dia sekadar berpura-pura. Aku sedih. Entah kenapa perasaan aku seperti ini. Aku benci dia! Di saat aku mula cuba berbaik dengan dia, dia sanggup buat aku macam ni. Aku sudah tidak sanggup melihat video itu. Aku menyerahkan video tu kepada Faiz. Aku cuba buat muka selamba.
Aku mengatur langkah menuju ke tempat Roy lepak dengan kawan-kawan dia. Aku mencuit bahu dia. Dia kelihatan gembira melihat kedatanganku, mungkin dia sangka aku akan mudah tertipu dengan tipu helah dia. Kawan-kawannya sudah beredar terlebih dahulu, mungkin tidak mahu dikaitkan dalam masalah ini.
Roy! Awak kejam! Saya benci awak. Saya sangat bodoh sebab terpedaya dengan tipu helah awak yang entah pape. Saya ingat awak ikhlas nak kawan dengan saya, tapi…” Air mata bergelinangan membasahi pipi aku yang dioles pemerah pipi. Hatiku sebak. Aku berlari anak menuju jauh dari Roy. Aku tidak mahu dekat dengan dia lagi. Hati aku perit.
“Lia! Lia! Roy tak bermaksud pun…” Laung Roy dari jauh. Argh! Aku sudah tak peduli. Hatiku seolah gugur dari tempatnya. ‘Kenapa semua ni terjadi kepada aku. Kenapa?’ Aku menyoal diri sendiri.
 Aku duduk di bangku di dalam sebuah taman tempat biasa aku pergi jika dilanda masalah. Aku menangis sepuas-puasnya. Aku sendiri tidak faham kenapa sikap aku macam ni. Sebenarnya aku tak kisah pun pasal Roy tu. Lantak dia lah! Tapi…
 **************************************************************************************


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*