Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: June 2012

Saturday, 30 June 2012

- No Title -


Cantiknya ! Subhanallah . 

Assalamualaikum stalkers . Hari ini dah hari Sabtu rupanya . Cepat betul masa berlalu . Sekarang dah bulan Sya'aban, nanti menjelma bulan Ramadhan . Bulan kita, makhluk Allah SWT ! 

Shira sekarang focus nak siapkan semua tugasan , then , nak focus untuk exam . Exam Shira semakin down lah . Hope next exam , dapat tercapai hasrat Shira untuk dapat 8A . Shira selalu dapat B , BI ! Entah lah nape . Pelbagai usaha Shira wat . Walaupun tak usaha mana , dekat exam , Takpe ! BI je pun . ( Macam lah aku ni pandai sangat , kan kan kan ? ) 

Itulah kesalahan Shira . Selalu pandang rendah . Lain kali pandang tinggi sikit budak . 
Cakap pasal ketinggian ni kan , Shira rasa semua orang dah tinggi daripada Shira . 
Contoh , berdiri tepi Iffah , tersangat lah tinggi sebab dia memang tinggi ! Ngok ngek sungguh . 
Okay , ambik contoh lain . Errr . HAH ! Anis Asyikin . 
Dia dah hampir , nyaris , sikit lagi nak sama tinggi dengan Shira . Kadang-kadang , nampak dia lebih tinggi daripada Shira . Oh No ! Oh my necklace . Maklum dulu ada necklace , pegi gigit sampai putus . Maklum , gatal gusi . ( Young Kid ) 

Okay . Tersasar daripada cerita sudah . Kita tersasar sikit lagi takpe kan ? 
Dekat sekolah , cikgu Zurina ehh . Zu ke Za ekk ? Adoii ! Ignore it . Cikgu tu kan kata ada lawatan . 
Lawatan ? Pergh laa . Tapi tengok bayaran dia , lagi perghhhh tahap gila . RM 200 ! 
"Alah sikit je tuh" - Kata kaum kaya raya . Kita miskin je . HAHA ! 

Pergi ICity , Cameron Higlands , Lost World / Sunway Lagoon au . Lupa ! 
Semuanya Shira dah pernah pergi . =)

ICity : Shira dah pernah pergi kat sana , siap ambik gambar lagi , tapi tak masuk dalam bangunan dia . Tapi Shira bertapak jugalah kat ICity . HAHA !

CH : Lagilah pernah . Pernah LALU . Pernah juga kan ? Tak gitu . Satu jalan menuju ke CH , satu jalan menuju ke KL . Shira lalu ikut jalan ke KL . So, sempat lah jenguk jalan ke CH tu . Sama je , jalan dia berturap juga kan ? Ke ada marmar ? =')

Sunway Lagoon : Ceh . Bosan dah . Setiap hari rasanya . Kul 2.45 pm , Shira pergi lah sana dengan kengkawan . No parents ! Wow . =O
Shira pergi Sunway Mini Market . Sunway juga . ( Aku pun tak tahu mana Sun - Way nya ) 

So , conclusionnya , semua tempat Shira dah pergi . So , buat apa pergi lagi . Buang masa ! 
Jangan marah ya kawan-kawan yang lain . Tempat yang Shira pergi , Free of Charge , dear . No fee . 
Nice place =) Nice people . Chow lu . Bye . 
Assalamualaikum =)

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Friday, 29 June 2012

- Cerpen pertama MIss Shira -

Assalamualaikum semua ! Lama Shira tak post apa-apa lam blog ni ya . Shira sibuk dengan cerpen Shira yang akhirnya siap 100% , tak lah sesedap cerpen korang . Tapi bolehlah sekadar isi masa terluang . Tugasan Shira pun dah hampir beres . Alhamdulillah, ya Allah ! Harap-harap Shira dapat terus kembangkan penulisan Shira pada masa akan datang . ( Angan-angan semata-mata ) . 

Sikit je kot Shira taip hari ni . Semantara tu , enjoy lah membaca cerpen Shira . Harap suka ya ! 
Bye :) Assalamualaikum .

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part Akhir - A.B.K.S

“Lia nak terus kawan dengan Roy sampai Lia mati. Dan Roy akan selalu ada di hati Lia. Tak nak couple, tapi kawan selamanya!”. Roy senyum… Dia seakan mengerti maksud aku. Kami senyum. Kami berjalan meninggalkan airport. Betul kata mak aku, kalau benci nanti tukar jadi sayang. Lepas ni, aku dah taknak benci sesiapa sebab aku hanya benci mamat sengal tu saja. Sebab aku sayang Roy


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 17 - A.B.K.S

“Kita putus kawan… Jom kita couple!”. Dia senyum. Aku terkejut sekali lagi.
“Apa?”
“Ya… Setuju? Kita putus kawan tapi kita couple? Roy sukakan Lia dan sayangkan Lia”. Dia tanya lagi. Muka aku sedikit ceria. Tangan dia deras mengesat muka ku yang dibasahi dengan hujan air mata.
“Emmm… tak setuju!”. Aku geleng kepala. Sekarang, giliran dia pula terkejut.
“Maksud Lia?”. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 16 - A.B.K.S

Tiba-tiba…
“Lia…” Aku pusing kembali. Roy!’ Dia kembali ke? Atau ada barang dia tertinggal? Aku tidak keruan.
“Lia nak pergi mana?”. Tanya Roy.
“Err.. Lia… Lia nak balik lah”. Kataku bernada sedih. Air mataku tiba-tiba deras mengalir.
“Kenapa tak tunggu Roy?”. Aku terkejut.
“Tapi… Roy kata…”
Roy memotong percakapanku…
Roy kata, Roy kena pergi, tapi tak bermaksud Roy nak pergi tinggalkan Lia. Roy nak pergi buang tiket ni. Buat serabut je!”. Dia ketawa. Aku senyum. Dia mengesat air mataku dengan sapu tangan yang tertulis, A-L . Adakah mungkin Azman-Lia? Okay, aku perasan.
“Tapi… disebabkan semua yang berlaku, kita…mhm… kita putus kawan!”. Tutur Roy perlahan.
Aku terkejut dengan tutur kata Roy. Aku kaku. Aku rasa macam disumpah jadi batu.
“Supp… Supp… Roy…” Aku menangis teresak-esak. Entah kenapa air mataku ni deras je mengalir. Aku pandang wajah Roy. Muka dia serius. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 15 - A.B.K.S

Roy dah lama maafkan Lia. Roy sayangkan Lia tapi…”
“Perhatian kepada semua penumpang yang mengambil pernebangan ke New York, pernebangan anda akan bermula sebentar lagi. Harap maklum!”. Kedengaran operator sedang membuat pengumuman. Aku gelisah. Kata-kata Roy terhenti.
Dia sambung lagi. “Maaf Lia. Roy terpaksa pergi”. Dia berlalu begitu saja. Aku masih berdiri di situ menanti Roy tapi dia tak muncul-muncul. Sangkaan aku meleset. Dia tidak kembali. Aku pulang dengan perasaan hampa bercampur sedih. Aku terlalu sombong selama ini. Langkahku berat untuk meninggalkan airport. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 14 - A.B.K.S

Di lapangan terbang…
Dari jauh kelihatan seorang jejaka yang terpahat dalam otak aku ni berjalan membawa luggage menuju ke kaunter tiket. Dia memakai kaca mata hitam. Sungguh bergaya. Namun, di sebalik kaca mata hitam itu, tak boleh disorokkan lagi muka kecewanya dia. Aku dapat lihat dengan jelas sekali. Aku berlari mendapatkannya. Aku tidak ingin dia pergi dari hidupku. Tapi aku tak memaksa. Itu hak dia, sekadar meminta maaf pun jadilah.
Roy!”. Laungku dari belakang. Dia pusing. Aku menghampirinya. Tinggi juga dia bila berada di depanku.
“Lia?”. Dia cabut kaca matanya dan terlihat matanya yang kuyu.
“Roy. Maafkan Lia! Lia tahu Lia salah. Semuanya salah faham. Lia tahu Roy tak salah. Maafkan Lia!”. Aku cuba berterus terang.
Roy hanya memandang tepat ke dalam anak mata ku.
“Lia”. Dia memegang bahuku.

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 13 - A.B.K.S

Di kantin…
“Lia! Lia!”. Su termegah-megah datang menghampiri aku lalu duduk tanpa dipelawa. Aku tak kisah pun. Sebab aku rehat sorang-sorang juga. Faiz kata dia ada kelas nanti, dia kena siapkan kerja sikit. Laju je langkah dia tadi. Terus lesap macam tu. Malaslah aku tanya.
“Kau kenapa ni. Nah minum air aku dulu ni!”. Aku hulur air oren yang terhidang depan mata kami. Laju je dia teguk air tu. Aku sekadar memerhati.
“Okay. Cakap perlahan-lahan. Why?”. Aku tanya perlukan kepastian. Macam ada tsunami je.
“Video! Video!”. Gagap je tutur kata Su.
“Video apa?”. Suaraku dah sedikit naik.
“Video yang Faiz tunjuk ke kau tu, pasal Roy!”.
“Ya?”. Aku semakin hairan. Ada apa sebenarnya ni?
“Video tu palsu!”. Palsu? Apa maksud Su?
“Palsu? Maksud kau?”
“Video yang kau tengok tu, tak nampak kan muka Roy, cuma nampak belakang dia je, dan suara kan?”. Tanya Su.
“A’ah. Apa kaitan dengan palsu pulak nya. Tu kan suara Roy”. Jelasku lagi. Hatiku kian berdegup kencang. Apa lagi yang akan berlaku hari ini?
“Sebenarnya tu bukan Roy. Suara tu pun telah ditapis dan diubah sebijik macam suara Roy!”. Aku menggaru kepala yang tak gatal.
“Lembap lah kau ni! Roy tak salah. Ada orang nak jatuhkan dia dan dia ialah Faiz. Dia tahu Roy sukakan kau, jadi dia cuba nak buat kau benci dekat Roy!”. Muka ku dah tahap terkejut gila. Apa ni? Drama apa ni? Tapi aku cuba untuk bertenang. Argh! Faiz! Hatiku menjerit. Ternyata aku dah tersalah anggap. Kesian Roy! Ya Allah…
“Faiz sudah hilang entah ke mana. Mungkin dia tidak sanggup berdepan dengan kau kot!”. Ah! Lantak lah. Aku sudah tidak peduli pasal Faiz.



Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 12 - A.B.K.S

“Hai Lia”. Tegur Faiz dengan muka yang ceria yang amat. Aku sekadar senyum. Kata-kata Roy semalam masih tak dapat ku lupakan.
“Lia, sebenarnya, Roy nak jujur dengan Lia. RoyRoy dan Faiz ialah adik beradik tiri. Faiz ialah abang tiri Roy. Kami memang tak sehaluan sejak dulu lagi. Maafkan Roy sebab tidak beritahu ke Lia hal yang sebenarnya!”. Kata-kata tu masih terpahat di hati.
“Kenapa Lia muram je ni? Kasi tahu lah ke Faiz”. Pujuk dia lagi.
“Nothing!”. Aku cuba senyum. Dia membalas senyumanku lagi. Aku tidak nampak Roy hari ini. Dia tak masuk kelas ke? Sakit ke dia? Tapi kenapa aku risau sangat ni. ‘Mhm!Aku mengeluh. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 11 - A.B.K.S

Di dalam bilik…
“Lia… Kenapa ni?” . Su cuba memujuk. Aku sudah menangis teresak-esak. Parah sangatkah hatiku ini?
“Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini. Tunjukkanlah kebenaran kepadaku, ya Allah!”. Aku berdoa dengan khusyuk di atas sejadah biru. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Su sudah berdengkur di katil sebelah. Aku berzikir dan bermunajat kepada Allah banyak-banyak. Hatiku kian tenang. Segala yang berlaku dapat ku terima secara perlahan-lahan. Aku ingin melupakan segala yang terjadi. Hari esok akan ku hadapi dengan tenang.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 10 - A.B.K.S

“Kenapa awak datang sini?”. Tanya aku tanpa memandang muka dia. Sakit hati ni masih belum hilang.
“Boleh saya duduk?’’. Aku sekadar mengangguk.
“Lia. Roy nak mintak maaf sebab ganggu Lia sekarang ni. Roy……” Dia menceritakan sesuatu yang tak diduga. Aku terkejut mendengar kata-katanya. Betul ke? Kenapa? Kenapa! Aku rasa macam ingin menjerit saja. Aku seperti orang bodoh yang tak tahu apa-apa. 
Aku bangun tanpa berkata apa-apa. Lidahku kelu. Makanan yang terhidang sedikit pun tak terusik. Nampaknya Su dah bergegas ke sini. Seoalah-olah dia nampak apa yang terjadi. Cepat-cepat dia minta waitress tu bungkus makanan dan air. Kami berlalu meninggalkan Roy di belakang. Aku menoleh sekali-sekala. Rasa bersalah pun ada tapi dia dah keterlaluan. Roy duduk termangu di kerusi kami tadi sambil memandang ke lantai. Mukanya kesal. Adakah kau kesal sebab sakiti hati aku, Roy?

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 9 - A.B.K.S

Di restoran…
“Kenapa muka kau aku tengok moyok je. Macam buah nangka buruk!”. Su ketawa. Perli ya?
“Mhm! Su…”
“Ya? Pasal Roy lagi ke? Buat apa lah kau fikir pasal dia. Dia tu manusia ape entah. Jangan-jangan bukan manusia kot!”. Su buat-buat terkejut. Aku memandang ke arah Su.
“Ish! Tak baik lah. Kita jangan jadi macam dia”. Nasihat aku kepada Su. Dia hanya tersenyum.
“Emm! Nak order apa ya?”. Tanya waitress tu.
“Chicken chop and fresh orange!”. Kataku. Nak bertukar ke western food sikit.
“Nasi goreng kampung dengan jus epal, ya!”. Ucap Su. Dia memang tak habis-habis dengan nasi goreng kesukaan dia tu lah.
Aku pun dah lapar ni. Seharian tak makan. Gara-gara mamat sengal tu lah. Tapi aku juga yang salah terlalu menaruh kepercayaan kepada dia. Tapi aku silap.
“Lia…” Suara yang sudah tidak asing bagiku. Aku memandang ke tepi. ‘Roy!’ Buat apa dia datang ke sini. Waktu aku nak makan ni lah dia datang. Mengacau betul mamat ni. Argh!
“Err… Lia, aku nak pergi toilet jap!”. Dalam sekelip mata saja, Su dah hilang. Lesap macam tu je budak ni. Aish! Dia ni, takkan aku dengan mamat ni je.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 8 - A.B.K.S

Di dalam bilik…
Pintu bilik di buka. Aku menyembangkan muka di atas bantal kesayanganku. Hatiku sakit lagi. ‘Woii! Tak ada ubat ke nak ubati hati aku ni! Sakit gila wehh’ , getus hati aku yang sakit tahap kritikal ni. Boleh masuk ICU nampak gayanya. Hampir lemas aku dibuatnya. Mukaku diangkat. Sedih-sedih aku pun, tak lah sampai nak bunuh diri sendiri. Aku masih waras lah!
“Assalamualaikum!”. Su masuk ke dalam bilik aku. Opss! Bilik kami. Dia sebilik dengan aku. Best sebilik dengan dia.
“Kalau ya pun patah hati, jawablah salam aku ni!”. Dia berceloteh lagi. Su memang dah tahu semuanya pasal Roy. Aku memang tak berahsia dengan dia. She’s the only one my true friend!
“Emm. Aku dah jawab lah, dalam hati”. Balasku sambil membuka shawl yang dah senget-senget ni. Rimas aku. Rimas dengan tudung dan masalah hati aku ni. Hati aku sakit, aku yang merana.
“Badmood je?”. Su melangkah masuk ke dalam bilik air dengan membawa tuala mandinya. Cepat betul budak ni.
“Huh! Aku benci mamat sengal tu”. Laung aku dari dalam bilik. Satu persatu kerongsang ditanggalkan. Rumit betul pakai shawl ni. Tapi aku suka. Aku tersengih macam orang gila yang hatinya hancur di hadapan cermin.
“Oii! Sihat tak? Nak aku bawak ke klinik? Boleh juga aku mengurat doktor kat situ”. Tiba-tiba dia muncul di sebalik almari berhampiran bilik air, sedang mencari sesuatu nampaknya.
“Pandai lah kau Su. Eh! Cepat mandi, mandi kerbau ke?”. Aku senyum pahit. Jelingan tajam dia hinggap ke arahku.
“Malam ni kita makan kat luar epp?”. Soal Su lagi.
Aku sekadar mengangguk. Malas nak berkata-kata. Mulutku dah berat. Yang penting sekarang, aku nak tenangkan fikiran, tak payah nak serabut dengan si mamat sengal tu. Nak mandi dulu!
“Eh! Okay tak aku pakai baju ni?” Aku angkat blaus pink dengan seluar skinny. Aku malas nak pakai cantik-cantik tapi sekadar hiburkan hati. Su angguk. Dia sudah siap dari tadi lagi. Bersahaja je pakaian dia, t shirt merah dengan seluar jean biru. Sepadan je dengan Su ni. Maklum, orang nya tinggi, putih dan gebu. Cair lelaki yang pandang ni! Huh! Shawl putih aku selitkan kat kepala. Cantik juga aku kalau dipandang sekali imbas. Dua kali imbas dah tak cantik.
“Jomlah”. Aku saut sandal bertali. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 7 - A.B.K.S

“Haha! Aku pasti dia akan berbaik dengan aku. Cara ni dah biasa aku guna. Aku sent message ke Lia, fuh! Cair lah dia nanti. Kau tengok je lah! Haha! Aku kan Roy”. Roy ketawa dengan penuh kezaliman tanpa memikirkan perasaan aku. Ternyata dia sekadar berpura-pura. Aku sedih. Entah kenapa perasaan aku seperti ini. Aku benci dia! Di saat aku mula cuba berbaik dengan dia, dia sanggup buat aku macam ni. Aku sudah tidak sanggup melihat video itu. Aku menyerahkan video tu kepada Faiz. Aku cuba buat muka selamba.
Aku mengatur langkah menuju ke tempat Roy lepak dengan kawan-kawan dia. Aku mencuit bahu dia. Dia kelihatan gembira melihat kedatanganku, mungkin dia sangka aku akan mudah tertipu dengan tipu helah dia. Kawan-kawannya sudah beredar terlebih dahulu, mungkin tidak mahu dikaitkan dalam masalah ini.
Roy! Awak kejam! Saya benci awak. Saya sangat bodoh sebab terpedaya dengan tipu helah awak yang entah pape. Saya ingat awak ikhlas nak kawan dengan saya, tapi…” Air mata bergelinangan membasahi pipi aku yang dioles pemerah pipi. Hatiku sebak. Aku berlari anak menuju jauh dari Roy. Aku tidak mahu dekat dengan dia lagi. Hati aku perit.
“Lia! Lia! Roy tak bermaksud pun…” Laung Roy dari jauh. Argh! Aku sudah tak peduli. Hatiku seolah gugur dari tempatnya. ‘Kenapa semua ni terjadi kepada aku. Kenapa?’ Aku menyoal diri sendiri.
 Aku duduk di bangku di dalam sebuah taman tempat biasa aku pergi jika dilanda masalah. Aku menangis sepuas-puasnya. Aku sendiri tidak faham kenapa sikap aku macam ni. Sebenarnya aku tak kisah pun pasal Roy tu. Lantak dia lah! Tapi…
 **************************************************************************************


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 6 - A.B.K.S

[ “Lia. Lia benci sangat ke Roy? Roy tahu Roy suka buat Lia marah… tapi Roy tak berniat pun! Roy nak berkawan dengan Lia, tapi Lia tak pernah bagi peluang ke Roy. Lia tak suka ke kawan dengan Roy?” – Si Sengal  ]

Aku masih ingat mesej yang dikirim oleh Roy. Perasaanku bercampur baur saat itu. Gembira pun ada sebab dia nak kawan dengan aku, marah pun ada, sedih pun ada juga bila dengar luahan hati dia macam tu. Tapi aku tak tahu niat sebenar dia apa. Sampailah pagi tu aku terdengar sesuatu yang sangat memeritkan hatiku bagai dirobek satu persatu. Hatiku hancur berkeping-keping, kalau dada aku ni transparent, bolehnya dikira satu persatu kepingan hati aku yang hancur ni.
Faiz menunjukkan sebuah video yang sangat aku tidak sangka. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 5 - A.B.K.S

Sudah 5 bulan aku kawan dengan Faiz. Aku suka kawan dengan dia. Orangnya baik, peramah dan semua yang baik tu kat dia lah. Sepanjang 5 bulan tu lah, dia yang menghiburkan hati aku. Roy memang setia dengan hobi dia, kacau aku! Tapi sejak Faiz ada, Roy dah jarang kacau aku mahu pun jumpa dengan aku. Entah kenapa! Tapi setidaknya, aku boleh hidup aman. ‘Hem! Faiz-faiz. Awak ni kan…’ . Hatiku tercuit dengan sikap Faiz. ‘Adakah aku…’. Aku geleng kepala. Argh! Takkan. Aku senyum kembali. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 4 - A.B.K.S

“Lia. Awak tak makan ke? Nanti sakit pulak”. Prihatin betul si Faiz ni. Caring pulak tu.
“Takpe lah. Tak lapar!”. Jawabku ringkas. Faiz sekadar memandang ke arahku. Aku tidak menghiraukannya.
“Roy?”. Tiba-tiba nama tu muncul dari mulut Faiz. Aku terdiam. Jus oren, ku hirup perlahan-lahan. Aku taknak Faiz tahu yang aku sangat benci kepada Roy. Perlahan-lahan aku pandang wajahnya yang sedia menanti jawapanku.
“Tak lah. Sorry! Dia memang macam tu”. Tutur ku lagi.
“Emm. Takpe! Dia marah kot sebab saya rapat dengan awak. Mana tau…” Dia memberhentikan percakapannya. Aku sudah dapat meneka.
“Mana tau apa! Aish! Takde lah. Pandai-pandai je awak ni”. Kataku disusuli gelak tawa kami.
“Kenapa Faiz pindah sini? Ikut parents ehh?” Tanya ku sambil menghirup air yang masih berbaki separuh.
“A’ah. Dulu parents tinggal kat sana, tapi ayah dapat kerja sini, so saya pindah sini lah. Tut-tut… Dapat sekolah ni. Terima je lah!”. Terang Faiz dengan panjang lebar.
“Oooo”. Aku angguk. Kami terus berbual sampai tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Semua pelajar sudah bergerak ke kelas yang perlu dihadiri. Tinggal aku dan Faiz saja. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 3 - A.B.K.S

“Okay! That’s all for today. Emm… Jangan lupa tugasan yang saya berikan, ya?”. Arah Puan Rosnani. Fuh! Habis juga kelas untuk pagi ni. Tired gila! Aku dan dia keluar beriringan.
“Jom! Saya belanja makan”. Faiz bersuara. Pemurah betul budak ni sampai nak belanja aku. Tapi rezeki jangan ditolak. Aku ikut je dia ke kantin. Tapi tanpa diduga, muncullah mamat yang aku benci…
“Lia, jom. Saya belanja makan!”. Roy menarik tanganku kasar. Aku cuba melepaskan genggamannya tapi aku tidak mampu. Faiz terpinga-pinga. Dia menepis tangan Roy dan menarik aku kepadanya. Aku seperti dilanda badai. Ditolak ke kanan, ditolak ke kiri. Roy marah.
“Kau siapa?”. Roy menengking ke Faiz.
Roy! Dia kawan saya. Kenapa? Ada masalah”. Aku balas dengan muka yang sangat marah tahap extreme.
Roy genggam tangannya seolah mahu menumbuk muka Faiz. Tapi aku halang. Roy merendahkan tangannya. Dia berlalu pergi tanpa kata apa-apa. “Maaf ya, Faiz! Dia Roy. Budak yang paling sengal kat sekolah ni. Dia memang macam tu”. Muka ku kesal. Aku tidak tahu kenapa Roy boleh bertindak sedemikian. Sebelum ni, walaupun dia marah, takde lah sampai nak tumbuk-menumbuk macam ni. Huh! Anak Dato’ semuanya sama. Mentang-mentang anak orang yang berpengaruh, boleh buat sesuka jiwa dia je. Perasaan benci ku semakin membuak-buak.
 Kami berlalu pergi. Aku sudah tiada selera untuk makan. Aku sekadar order jus oren saja. 

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 2 - A.B.K.S

“Opss! Sorry ya, Lia! Saya tak sengaja tadi”. Semua buku aku bertaburan di atas lantai marmar. Berkilat je sampai boleh nampak wajah yang sudah tak asing bagiku. Aku jeling ke arah dia. Dia hanya senyum sinis. Tiada sedikit pun perasaan kesal di hati. Sombong!
Tanganku deras mencapai satu persatu buku sambil dibantu oleh dia.
“Takpelah! Saya dah biasa macam ni”. Kataku kesal bercampur menyidir. Roy atau nama sebenarnya Engku Azman bin Engku Hussen, lelaki yang paling aku benci dalam hidup aku. Selalu saja ada masalah dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa orang panggil dia Roy, ingat glamour sangat ke nama tu! Roy merupakan jejaka pujaan hati setiap wanita di dalam kampus aku ni. Aku pun tak tahu keistimewaan Roy ni apa. Mungkin sebab dia anak Dato’ kot. Huh! Mata duitan! Hatiku marah.
Kami bangun lalu aku beredar dari situ tanpa sepatah kata pun. Roy terpinga-pinga. Aku sudah tidak mempedulikan dia lagi. Hatiku geram, kesal. Semuanya bercampur. “Okay, today we’ve new student from IPT, Perak. He’s Faizal”. Aku terkejut daripada lamunanku. New student? OMG! Aku harap budak ni baik dan tak macam si Roy tu. Aku memandang Roy. Dia senyum. Aku memalingkan semula muka ke depan, menyesal pun ada tengok muka dia.
“Hai. Saya, Faizal. Just call me Faiz. Emm… I’m a friendly guy. Please, don’t be shy to be my friends. Thanks!”. Mamat tu memperkenalkan diri. Loghatnya langsung tak macam budak Perak. Petah je. Puan Rosnani, guru Bahasa Inggeris kami menunding jari ke arah aku. Dia mengarahkan budak baru tu untuk duduk di sebelah aku. Aku sekadar senyum kosong. Tapi bagus juga, bertambahlah seorang lagi kawan lelaki aku. Dulu, khairul yang setia dengan aku. Err… Maksudnya setia kawan dengan aku. Tapi sekarang dia dah pindah ke Kolej Matrikulasi di Pahang. Tinggal aku sorang-sorang kat sini dengan Su.
“Hai”. Dia menghulurkan tangan tanda perkenalan. Aku sambut dengan senang hati.
“Hai. Saya Norliana Akmal. Call me Lia”. Aku senyum. Dia juga senyum. Manis saja muka dia.
“Can we be friends?”. Dia tanya.
“Sure!”. Aku senyum lagi. Entah kenapa mood aku yang teruk tadi, dah jadi okay sekarang. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

Part 1 - A.B.K.S

Geramnya aku. Entah kenapa dia selalu muncul dalam hidupku. Getus hatiku. Aku melabuhkan punggung di atas sebuah bangku di bawah pokok yang rendang. Dingin pagi menusuk ke dalam rongga badanku. Pagi-pagi buta macam ni dah hilang mood. Semuanya disebabkan dia. Kenapalah aku ditakdirkan satu kampus dengan dia. Satu kelas pulak tu. Aku hairan.
 “Su, aku geram betul dengan mamat ni. Tak habis-habis kacau aku. Dia ingat dia handsome sangat ke?”. Kataku bernada marah kepada teman baikku, Suraya. Suraya khusyuk membaca buku sampai langsung tidak menghiraukan keluhan hatiku. Lagilah membuak perasaan geramku ni. “Eh! Kau dengar tak ni”. Suaraku semakin naik walaupun aku cuba tahan. Aku sebenarnya bukannya geram ke Su, tapi geram ke budak sengal tu. Kesian pulak aku tengok Su ni. Syok-syok dia baca buku, aku kacau.
“Errr… Maaflah! Aku dengar. Kau ni pun satu, yang kau pergi layan mamat tu kenapa? Kau kan tahu perangai dia macam tu. Biarkan je!”. Su bersuara. Aku pulak dimarahinya. Aku tunduk. Betul juga kata Su, sepatutnya aku tak perlu layan dia tu. Hemm!
“Ya… Tapi aku pun tak tahan juga”. Tuturku lembut.
“Kau sabar jelah. Nanti bila dia bosan, dia stop lah kacau kau. Kau sabar ekk!”. Su menepuk lembut belakangku. Aku sekadar menyedekahkan senyuman yang tak seberapa ikhlas.
Aku lihat jam di tangan. Dah pukul 8 pagi rupanya. Kami bingkas bangun lalu mengatur langkah ke kelas. Takut terlambat pula nanti. Aku nak lupakan semua yang terjadi pagi tadi. Kalau terus diingat, buat sakit kepala saja. 



Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- Aku Benci Kau, Sengal! -

1) AKU BENCI KAU, SENGAL ! 

Cerpen ini mengisahkan Lia, gadis yang sering dikacau oleh Roy, anak Dato’ Hussen yang kaya raya. Sikapnya yang suka berlagak tak bersalah membuatkan Lia semakin benci terhadap Roy. Tetapi kemunculan Faiz, jejaka yang baru berpindah ke kolejnya membuatkan dirinya gembira. Roy juga tidak lagi mengganggu Lia. Tetapi satu persatu rahsia terbongkar di hadapan Lia. Siapakah Faiz? Adakah semua yang dikatakan Suraya benar? Apakah perasaan sebenar Lia terhadap Faiz dan  Roy? Ikutilah perjalanan Lia menempuh dua jejaka yang berbeza sikapnya di dalam ‘Aku Benci Kau, Sengal !’. – Miss Shira   
       
PART 1     - PART 2     - PART 3     - PART 4     - PART 5
  - PART 6     - PART 7     - PART 8     - PART 9     - PART 10
  - PART 11   - PART 12   - PART 13   - PART 14   - PART 15
    - PART 16   - PART 17   - PART AKHIR

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*