Gotchaa!You are currently at Sheera Land.Please be nice here. Don't forget to follow my blog.Luff you#
[ sheeraeiyraa.blogspot.com ]: July 2012

Monday, 9 July 2012

- Syukur Ya Allah -


( Busy . Busy . Busy ) 

Assalamualaikum semua . Dah lama menaip , terasa pula letihnya. Alhamdulillah Shira dah siap cerpen ke dua Shira . Tak best pun ! Sekadar suka-suka . Mula-mula nak buat jalan cerita lain, tapi jadi lain pula . Lumrah penulis . Errr ! Penulis ( Sila muntah ) . HAHA ! Lama Shira tak buat gila , almaklumlah dah selalu gila kat sekolah . Dalam ni, kita serious sikit, kay ! Layan Nada Cinta sambil karang cerpen , syok juga ! 

Alhamdulillah juga sebab Shira baru je lepas habis pertandingan OMK kat UMT dengan Zakirah. . Keputusannya Shira akan tahu bulan 10 nanti . Fuh ! Lama lagi kan ? 
Now , Shira juga sedang nanti keputusan Permata Pintar . Tak tahu lah tahun ni dapat pergi ke tak . Hanya Allah Maha Mengetahui ! Shira pasrah je .

Geografi sikit lagi belum siap . BI ! Oral test for the second time . Hazim nampaknya bersemangat betul . Mungkin betul-betul serious , atau takut dengar Shira membebel kot . Apa-apa pun , Shira harap semuanya berjaya dengan baik . For us ! 

Dugaan pun tak lepas juga , lepas satu-satu . Kita, manusia, memang dugaan tu perkara wajib dalam kehidupan . Tapi selagi kita mempunyai keyakinan dan keimanan di hati , insyaallah , kita akan dapat tempuh ! 
Macam bersyarah lah pula . Wish good luck for all of us !

Lots of love : Norshahira :)

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- Kasih Yang Hilang -

2) KASIH YANG HILANG

“Leesa sayang ibu. Leesa janji akan belajar rajin-rajin dan bantu keluarga kita keluar daripada kemiskinan”. Leesa berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor kanak-kanak. - Leesa -

“Haha. Girls! Give me five”. Clara ketawa puas. Dia memandang Leesa dengan pandangan tajam. Hatinya puas.  
  Puas mengerjakan Leesa, musuh ketatnya. - Clara - 

“Clara, ingat pesan Mak Jah ni. Jangan sesekali melawan cakap ayah Clara. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayah Clara”. Pesan Mak Jah lembut sambil mengusap rambut Clara. - Mak Jah -
*Hope Enjoy* - Miss Shira

PART 1     - PART 2     - PART 3    - PART 4

Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART AKHIR K.Y.H -

LEESA meneliti jam di dinding. Dah pukul 10 malam. Dia kelihatan gelisah kerana ibunya masih belum pulang.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”. Sahut Leesa.
“Maaf lah ibu lambat sikit tadi. Nah! Barangnya”. Ibunya menghulurkan barang-barang yang dibeli. Leesa sambut lalu meletakkannya di dapur.
“Leesa, sini sekejap sayang!”. Panggil ibunya.
“Kamu masih ingat tak, kawan masa kecil kamu? Yang kamu panggil Milo”. Leesa ketawa. Dia masih ingat ketika orang lain memanggil kawannya itu, dengan panggilan apa entah, dia lupa, dia memanggil dengan panggilan Mila. Tapi berubah apabila dia ternampak iklan Milo di televisyen, dan memanggil Mila dengan gelaran Milo. Dia ketawa lagi.
“A’ah. Kenapa bu?”.
“Dia ada kat sini sekarang. Tu ! “. Ibu menunding jari ke arah perempuan sebayanya di muka pintu. Tidak disangka ! ‘Apakah betul apa yang aku lihat ni’. Leesa tiba-tiba kaku. Perempuan itu juga kaku. Mereka saling berpandangan.
“Clara!”. Jerit Leesa perlahan. Dibalas dengan jeritan Clara yang agak nyaring. Ibunya agak terkejut dengan adegan itu.
“Ha’ah! Dulu kamu selalu panggil dia Milo. Sedangkan nama dia Puteri Clara Syamila”. Ibunya menambah.
Tiba-tiba air mata mereka deras mengalir. Tiba-tiba mereka berpelukan. Orang yang dia sangat dendami selama ini, ialah orang yang sangat bermakna dalam hidupnya.
“Maafkan saya Leesa!”. Tutur Clara dengar tak dengar.
“Saya dah lama maafkan awak, Milo!”. Balas Leesa. Mereka sama-sama gelak. Ibunya, Mak Jah, sekadar melihat aksi spontan mereka. Mereka langsung tiada niat untuk menceritakan perkara yang sebenarnya kepada ibu ‘mereka’. Biarlah kenangan pahit menjadi sejarah dalam kehidupan mereka. Mereka senyum.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 5 K.Y.H -

JAM menunjukkan pukul 9 malam. Sudah hampir siap kuih untuk dipekkan. ‘Ah ! Plastik pula habis. Gandum pun tinggal sikit lagi. Huh!’. Ibu Leesa mengeluh.
“Leesa, ibu nak pergi kedai sekejap. Gandum dengan plastik dah habis ni“. Leesa sudah menjengah ke luar pintu bilik.
“Biar Leesa pergilah bu“. Leesa menawarkan diri untuk menolong ibunya.
“Tak payah lah. Dah lewat malam ni. Biar ibu saja pergi. Tolong tengok-tengokkan kuih ibu ni, ya!“. Ibu mengarah.
“Baiklah ibu”. Ibu mencapai beg duit di atas meja lalu menarik tudung yang tergantung berhampiran pintu bilik.
DI KEDAI...
‘Aduhai ! Tutuplah pula kedai ni. Terpaksa lah pergi pasaraya ni’. Keluh hatinya.
“Clara, kau nak buat apa kat sini?“. Tanya Naji.
“Entah lah. Tetiba saja kaki aku ni berjalan sampai sini. Dah ada kat sini, kita tengok-tengok sajalah barang kat sini. Aku pun nak beli makanan sikit ni. Kat rumah tu dah macam rumah orang tak duduk seminggu. Bersih saja peti rumah aku tu”. Balas Clara panjang lebar sambil berjalan menuju ke ruang ‘Makanan Ringan’.
“Hah! Pilih lah kau orang nak apa. Aku belanja”. Selamba saja Clara cakap. Apalagi, semua kawan-kawannya memilih makanan. Macam pilih stok untuk musim banjir. Nampaknya lebih parah daripada itu.
Dalam satu pusing saja, semua dah lesap. Tinggal Clara saja sorang-sorang kat situ. Tanpa mempedulikan keadaan itu, dia terus mengatur langkah ke lorong sebelah. Langkahnya semakin perlahan tatkala dia ternampak kelibat seorang wanita yang agak berusia berdiri berhampiran barang-barang.
‘Macam aku kenal je!’. Berkerut dahi Clara dibuatnya.
“Mak Jah!”. Clara menegur wanita tersebut. Dia berpaling.
“Clara!”. Mereka saling berpandangan seketika. Clara memeluk Mak Jah dengan erat. Mak Jah dah umpama ibu keduanya.
“Lamanya Mak Jah tak jumpa Clara”. Clara senyum. Hatinya yang kosong seolah-olah kian dipenuhi taman-taman bunga yang mekar. Hatinya begitu seronok. Orang yang dia paling sayang kembali dalam kehidupannya.
“Mak Jah sekarang duduk mana?”. Tanya Clara perlukan kepastian.
“Mak Jah sekarang menyewa rumah dekat surau berhampiran pasaraya ni saja. Jomlah datang rumah”. Mak Jah mempelawa Clara.
“Clara nak kenal lah rumah Mak Jah. Boleh Clara pergi malam ni? Clara datang sini pun dengan driver Clara“. Pinta Clara. Mak Jah angguk. Clara tersenyum riang.
Kawan-kawan Clara muncul di sebalik rak-rak barang tersebut.
“Girls. Ni Mak Jah, mak kedua aku! Aku nak singgah rumah dia sekejap. Kau tunggu lah sini sekejap. Aku dah suruh driver sorang lagi datang ambil kau orang. Aku pergi dulu ya ! “. Clara berlalu pergi meninggalkan kawannya. Mereka melambai-lambai tangan. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 4 K.Y.H -

MASIH adakah baki kasih sayang buat aku, ayah?’. Getus hati kecil Clara. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang bapa sejak lahir lagi. Walaupun jasad seorang bapa berdiri di hadapannya, seolah-olah dia langsung tidak mengenalinya. Hanya sekadar gelaran ‘ayah’ tetapi langsung tidak mempedulikannya. Clara dibesarkan oleh pembantu rumahnya yang kini telah berpindah kerana mengikut suaminya. Sejak kecil sehingga lah besar, dia hidup serba mewah. Semua yang dia nak pasti akan dapat. Tapi cuma satu sahaja masih belum terlunas, iaitu ‘kasih sayang seorang bapa’. Dato’ Syed Osman, seorang ahli korporat merupakan bapa Clara. Sibuk dalam dunia bisnes sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang yang digelar bapa. Ibunya pula, Datin Rosy Mahsuri sudah lama meninggal dunia tatkala dia lahir ke dunia metropolitan ini. Ayahnya sentiasa memenuhi keperluan Clara sehingga Clara membesar sebagai gadis yang sombong.
“Bib, ayah mana?”. Tanya Clara sambil membelek-belek majalah Remaja keluaran Jun. Tiada satu pun yang menarik minatnya. Cinta… Cinta dan Cinta! Dia bosan mendengar istilah tersebut.
“Maaf Clara. Dato’ masih berada di kantor. Katanya, masih banyak urusan”. Bibik Surti membalas dengan loghat Indon nya.
Clara dah dapat mengagak jawapan pembantu rumahnya itu. Direnungnya setiap penjuru rumah. Kosong ! Dia bosan. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Lantas, dia mencapai iPhone 4S yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Pantas saja dia menekan punat telefon.
“Hello Wawa. Jom hang out ! Bosan ni. Kau call lah orang lain“. Clara mengarah.
“Beres. Nak jumpa kat mana?”.
“Emm… Kumpul kat rumah kau lah. Nanti aku jemput”.
“Mhm. Ayah kau bagi tak kau keluar ni? Malam-malam macam ni ?“.
Clara terdiam seketika. Masih dia ingat ketika pembantu rumah lamanya itu masih bekerja di situ.
“Clara, ingat pesan Mak Jah ni. Jangan sesekali melawan cakap ayah Clara. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayah Clara”. Pesan Mak Jah lembut sambil mengusap rambut Clara.
“Tapi… ayah jahat. Dia tak sayang Clara!”. Clara menangis tersedu-sedan. Dia berbaring di atas riba Mak Jah. Mak Jah lah tempat dia mengadu.
“Ibu, kenapa dengan Clara? Kenapa Clara nangis? Nanti tak comel”. Tanya seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang sama umur dengan Clara iaitu anak Mak Jah, juga merupakan rakan sepermainan Clara. Tanpa dia, terasa kosong hidupnya.
Mak Jah sekadar senyum melihat telatah anak-anak kecil itu. Mereka masih belum mengenal kehidupan dunia.
“Clara? Hello!”. Wawa memanggil-manggil dari dalam telefon.
“Ya. Kau tunggu lah dengan geng lain. Bye!”. Mereka menamatkan perbualan setelah ayah Clara pulang.
Clara bangun dan bersalaman dengan ayahnya.
“Ayah, nanti Clara nak keluar dengan kawan-kawan. Bosan duk rumah. Boleh kan ayah?”. Tanya Clara dengan penuh semangat.
“Mhm”. Ayahnya jawab acuh tak acuh saja. Terasa panas saja hati dia. Dia sabar. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 3 K.Y.H -

DI JALAN…
“Leesa, kau okay ke? Teruk kau kena dengan cikgu Ros tadi”. Sapa Zu ketika keluar dari pagar sekolah. Mereka berjalan pulang ke rumah masing-masing.
“Sikit je pun”. Leesa cuba menyorokkan rasa sakit yang masih berbaki lagi. Perit betul tangannya. Hanya Tuhan yang tahu.
“Yang kau ni, ada driver datang ambil, tapi taknak. Jalan kaki juga yang kau nak!”. Kami ketawa kecil.
Tiba-tiba datang seorang kawan mereka...
“Leesa!”. Tegur dia dari belakang.
“Eh Riz. Kenapa?”. Riz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Fakri. Pelajar kelas 2 Chemistry. Walaupun berlainan kelas, namun, dia sangat mengenali mereka. Sejak kecil lagi, mereka berkawan.
“Tak ada apa-apa. Petang esok, nak study group sama tak?”. Ajak Riz.
“Kau ajak Leesa je? Aku tak ajak? Sampai hati kau, Riz”. Zu mencelah. Leesa sekadar senyum.
“Ye lah! Ye lah. Sibuk je kau ni” . Riz menjeling ke arah Zu dan memandang Leesa semula.
‘Mhm! Leesa tak tahu lagi. Leesa kena tolong ibu”. Itulah kerjanya sejak dulu lagi. Pagi pergi sekolah, menuntut ilmu. Petang, tolong ibunya.
“Mhm! Takpe, Riz faham. Nanti Leesa call lah Riz, kalau jadi ekk. Bye. Assalamualaikum”. Riz berlalu pergi tanpa Leesa sempat berkata apa-apa.
Mereka berpisah ketika sampai di simpang 4. Zu memlih lorong kanan iaitu menghala ke rumah Siti Saharah, sepupunya yang baru pulang dari Mekah. ‘Kecil-kecil dah dapat pergi umrah’, celoteh hati kecil Leesa. Leesa mengatur langkah melalui lorong yang sudah tidak asing baginya. Setiap kali pulang sekolah, lorong itulah yang dipilih olehnya kerana lebih dekat berbanding jalan utama. Walaupun lorong itu dikelilingi oleh kebun-kebun dan hutan, namun Leesa sudah terbiasa dan tidak sedikit pun perasaan takut muncul dalam dirinya. Hari sudah semakin gelap. Langkahnya kian laju.
“Kesian ibu”. Keluh Leesa.
Sampainya di rumah, ibunya sudah sibuk mengatur barang-barang untuk membuat kuih. Leesa bersalaman lalu masuk ke dalam biliknya yang kecil. Di penjuru bilik, terdapat meja kecil tempatnya belajar. Buku sekolahnya tersusun rapi di atas rak kecil, khas buat buku-bukunya. Jendela yang berada betul-betul di tepi kepala katil dibuka perlahan-lahan. Bayu petang berpusu-pusu masuk tanpa mempedulikan Leesa yang tercegat berdiri di situ. Tudung sekolah dicabutnya lalu disangkut di dalam almari kayu. Sang mentari sudah bersiap sedia berganti syif.
“Ibu, nanti Leesa tolong ibu ya!”. Laung Leesa dari dalam bilik.
“Tak perlulah. Leesa kan baru pulang. Rehat saja lah dalam bilik tu”. Balas ibu.
Ibu seperti tahu akan keletihan yang dirasai olehnya. Entah kenapa dia terasa sangat letih pada hari tersebut. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

- PART 2 K.Y.H -

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN LANAI...
“Girls! Hang on. Tu bukan Leesa ke? Anak penjual kuih kat tepi jalan tu”. Kata salah seorang ahli kumpulan ‘The Girls In Famous’ atau lebih dikenali dengan panggilan T-G.I.F, Puteri Clara Syamila. T-G.I.F dianggotai seramai 5 orang ahli. Suzan, Fifi, Najihah, Wawa dan ketuanya, Clara.
“Ha’ah lah Clara”. Jawab Fifi, gadis yang sedikit lembap dalam bab-bab macam ni. Berwajah montel dan berkaca mata sangat sesuai dengan gelarannya ‘Ulat Buku’ kerana terkenal dengan sikapnya yang suka membaca.
Clara senyum. Seperti ada sesuatu lagi yang ingin dirancang oleh dia. Ada saja masalah antara dia dan Leesa. Gadis yang tak bersalah tu selalu dikerjakannya.
“Ops! Sorry lah Leesa. Saya tak sengaja”. Air milo panas menyentuh tangan dan bajunya. Habis semuanya kotor. Clara buat muka seolah-olah bersalah. Kawan-kawannya yang lain hanya memerhati dari jauh.
“Tak apa lah. Awak tak sengaja juga kan”. Tangannya terasa perit tapi dibiarkan saja. Dia menenyeh bajunya dengan tisu tapi kesan air milo masih ada. Clara berlalu pergi begitu saja.
“Haha. Girls! Give me five”. Clara ketawa puas. Dia memandang Leesa dengan pandangan tajam. Hatinya puas. Puas mengerjakan Leesa, musuh ketatnya.
“Girls! Aku tahu apa nak buat dengan dia hari ini!”. Clara tersenyum sinis. Kawan-kawannya yang lain terpinga-pinga.
“Semua bangun. Assalamualaikum, cikgu!”. Kata ketua kelas 2 Biology. Puan Rosnani masuk ke kelas mereka dengan muka yang dah macam nak makan orang. ‘Agak-agaknya, cikgu ni dah makan ke belum ekk?’  Getus hati kecil Leesa.
“Okay. Cikgu ada bagi kerja kan semalam? Keluarkan cepat!”. Arah cikgu Ros.
“Fuh! Nasib baik aku dah siap semalam”. Leesa lega. Dia mencari-cari buku latihan Bahasa Melayu di dalam beg sekolahnya. Satu persatu dibeleknya. ‘Ah! Kenapa tak ada pulak ni? Aku rasa dah letak kat sini semalam’. Sahabat baiknya, Nazuha sudah lama meletakkan bukunya di atas meja. Jantungnya berdegup kencang bagai nak tercabut dari tempatnya. Kadang-kadang dia memandang ke arah Puan Ros yang bermuka bengis, menanti buku latihan mereka.
“Okay! 28, 29… Mana 1 buah buku lagi? Siapa yang belum hantar?”. Nada cikgu Ros semakin naik.
“Err… Saa…ya, cikgu!”. Suara Leesa terketar-ketar.
“Mana buku latihan kamu?”. Tanya cikgu Ros lagi.
“Maaf cikgu tapi saya dah letak buku karangan saya dalam beg semalam. Entah kenapa hari ni dah tak ada”. Jawab Leesa jujur. Dia masih ingat, semalam dia terus letak buku tersebut di dalam beg sebelum menolong ibunya di dapur. Dia hairan.
“Alasan! Takkan buku tu boleh berjalan pulak? Ke ada hantu?”. Sergah cikgu Ros. Semuanya ketawa termasuk Clara dan teman-temannya.
“Huh! Padan muka kau Leesa”. Clara tersenyum sendiri.
“Kamu akan didenda, Leesa”.
Leesa akur. Baginya, mungkin ini yang terbaik untuk mengingatkannya agar lebih berhati-hati selepas ini. Leesa selalu berfikiran positif.
Nazuha sudah dapat menggagak siapa yang lakukan semua ini. Dia hanya mendiamkan diri sebab tidak mempunyai cukup bukti.


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)

PART 1 - K.Y.H

LANGIT masih gelap ditemani bulan yang terang menerangi fajar. Dingin pagi masih terasa tatkala hinggap di badan Nur Aleesa . Gadis yang berbadan kecil ini sudah bangun seawal 5 pagi bagi membantu ibunya menyediakan makanan untuk dijual kepada para pelanggan. Tidak sedikit pun mengeluh apatah lagi mengatakan “Ahh!” kerana terpaksa melakukan semuanya. Aleesa yang sudah kematian ayah, terpaksa bermandi peluh membantu ibunya berjualan bagi menampung kehidupannya.
“Ibu, err… Leesa nak mintak duit sikit sebab Leesa kena  beli buku latihan. Nanti Leesa takut cikgu marah, dah minggu lepas cikgu mintak!”. Leesa menutur kata-katanya perlahan-lahan sambil menguli adunan untuk dibuat donat. Leesa tidak sanggup memandang ke arah ibunya. Tidak sanggup untuk melihat sepasang mata kuyu yang terpaksa menanggung penderitaan sebegini.
"Berapa harga buku ni?”.
"Emm... 15 ringgit bu”.
“Leesa. Ibu ada 15 ringgit cukup-cukup nak. Tak apa lah, Leesa ambik lah. Nanti ibu jual kuih ni, ibu dapat duit lagi”. Ibu bangun lalu mengambil beg duit dia. Duit RM5 sekeping dan RM10 sekeping dikeluarkan dari dalam beg. Leesa lantas mencapai wang yang diberi oleh ibu. Dia tidak sanggup untuk mengambilnya tetapi terpaksa. ‘Ibu, maafkan Leesa!’
“Terima kasih, bu”. Leesa memeluk ibunya sekuat hati seolah-olah tiada lagi hari esok. Tiba-tiba air matanya deras mengalir membasahi pipi yang gebu.
“Jangan menangis nak. Selagi mak hidup, mak akan sentiasa memenuhi keperluan kamu. Semampu mak”.
Leesa sudah menangis teresak-esak.
“Leesa sayang ibu. Leesa janji akan belajar rajin-rajin dan bantu keluarga kita keluar daripada kemiskinan”. Leesa berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor kanak-kanak.
“Ibu sayang Leesa juga. Dah! Cukup-cukup. Anak ibu dah besar, tapi masih nangis. Ah! Malulah”. Ibu mengesat lembut air mata Leesa dengan tangannya.
Leesa senyum. Dia terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi akibat menangis tak tentu arah. Dia geli hati apabila memikirkan perilakunya sebentar tadi. ‘Aku ni macam budak-budak lah pulak!’. 


Like yup.. Comment Jangan Lupe!! Luff k0rang..:)



*copyright NORSHAHIRA all rights reserved*